Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

12 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Pembangunan OACP adalah satu inisiatif mandatori di bawah “Strategi 2: Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam” yang mana telah mewajibkan semua sektor awam untuk membangunkan OACP dengan bantuan 3 buah agensi iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). NACP 2019-2023 menggariskan berkenaan keperluan pembangunan OACP di peringkat Jabatan/ Kementerian yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi. Berdasarkan NACP, OACP hendaklah dirangka dengan mengambil kira Pelan bagi jangkamasa 3 tahun atau 5 tahun pelaksanaan. Susulan itu, Jabatan ini telah memulakan perancangan pelaksanaan OACP sejak tahun 2019 dengan membuat kajian dan penilaian awal risiko-risiko rasuah meliputi semua bahagian di JPA. Dalam hal ini, OACP JPA akan dilaksanakan dalam tempoh masa 5 tahun iaitu dari tahun 2021-2025. Ruang lingkup pelaksanaan OACP JPA hendaklah merangkumi semua aspek berkaitan antirasuah, integriti dan tadbir urus yang melibatkan semua bidang dan aktiviti yang terdapat dalam jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy