Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

11 PELAN ANTIRASUAH 1.4 DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS NASIONAL Dalam menuju ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi, agenda pembanteras rasuah telah menjadi keutamaan negara. Kerajaan telah membangunkan beberapa inisiatif utama di peringkat nasional iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) 2004, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2010, Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) 2013, dan yang terkini Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu-isu integriti, governans dan anti rasuah di dalam negara. Pada 8 Jun 2018, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) Siri 70 (Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Siri 1) Bil. 1 Tahun 2018 yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-7, telah memutuskan supaya satu pelan antirasuah yang menyeluruh perlu dirangka untuk menangani isu berkaitan rasuah di negara ini. Bagi merealisasikan arahan tersebut, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dengan sokongan penuh daripada semua pemegang taruh yang berkaitan telah merangka satu pelan khusus yang dikenali sebagai NACP bagi menangani permasalahan rasuah, integriti dan tadbir urus di negara ini. 1.5 KEPERLUAN PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH (OACP) JPA Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan pengurusan pentadbiran Kerajaan bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta mencapai aspirasi nasional “Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah”. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, setiap pemegang taruh dikehendaki menangani permasalahan rasuah dengan membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) berdasarkan fungsi dan peranan organisasi masing-masing sepertimana inisiatif yang digariskan di bawah Bab 3: Memperkasakan NACP 2019-2023.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy