Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

10 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 1.3.4 OBJEKTIF Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh. Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik Menguruskan penjawat awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada penjawat awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan 1.3.5 NILAI-NILAI TERAS / KOD ETIKA JPA Bertindak Sebagai Satu Pasukan Kecemerlangan dan Keunggulan Profesionalisme Berhemah dan Berwibawa

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy