Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

8 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 1.1 LATAR BELAKANG Sejarah JPA bermula sejak 22 Ogos 1934 dengan penubuhan Pejabat Perjawatan Malaya di Singapura. Ia kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Malayan Union pada tahun 1946. Pada tahun 1967, nama “Pejabat Perjawatan Persekutuan” ditukar kepada “Pejabat Perjawatan Malaysia”. Setahun kemudian, iaitu pada 15 Ogos 1968, nama “Jabatan Perkhidmatan Awam” telah mula digunakan. Pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam membawa dimensi baharu kepada tanggungjawab dan fungsi yang sedia ada. 1.2 FUNGSI DAN PERANAN 1.2.1 PERANCANGAN Menentukan peranan sektor awam; Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam; Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia; Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan; Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan Membangunkan strategic alliances dan networking. 1.2.2 PEMBANGUNAN Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi; Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya; Pembangunan Laluan Kerjaya; Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian; dan Menentukan Dasar Latihan. 1.2.3 PENGURUSAN Menguruskanpengambilan, penempatan, saraan, kenaikanpangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber manusia; Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan; Menguruskan pemantauan dasar; dan Menguruskan penilaian dasar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy