Panduan EKSA JPA EDISI 6

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan sebagai penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan perkhidmatan awam supaya lebih cekap dan efektif. Sehubungan itu, JPA telah melaksanakan pelbagai program peningkatan kualiti secara berterusan bagi mempertingkat tahap produktiviti, kualiti dan inovasi demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran. Antara inisiatif utama yang dilaksanakan ialah Sistem Persekitaran Berkualiti (QE/5S), yang bertujuan memupuk budaya penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga kerja JPA. Pelaksanaan sistem ini juga selari dengan kehendak Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008, khususnya di bawah Klausa 6.4 - Persekitaran Kerja, yang menekankan keperluan organisasi untuk mewujud dan mengurus persekitaran kerja yang kondusif demi menjamin mutu perkhidmatan. Sebagai langkah penambahbaikan dan penjenamaan semula amalan QE/5S di sektor awam, Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenal pada Januari 2014. Penjenamaan semula ini dibuat bagi memenuhi keperluan persekitaran kerja yang lebih berkualiti, profesional dan berimej korporat, selaras dengan keperluan semasa agensi-agensi sektor awam di Malaysia. Bagi menyokong peralihan ini, Panduan Pelaksanaan EKSA JPA telah diterbitkan pada 10 Oktober 2016. Hingga kini, panduan tersebut telah mencapai edisi ke-6 dengan penambahbaikan dari segi penyusunan dan penstrukturan kandungan bagi memastikan pelaksanaannya lebih kemas dan sistematik. Penerbitan edisi terkini ini diharap dapat memantapkan pengurusan persekitaran pejabat, sekali gus mewujudkan suasana kerja yang lebih teratur, selesa dan kondusif untuk seluruh warga JPA. 2 LATAR BELAKANG PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy