Panduan EKSA JPA EDISI 6
Panduan Pelaksanaan EKSA JPA disediakan sebagai rujukan kepada semua warga JPA dalam melaksanakan pengurusan persekitaran berkualiti di tempat kerja. Melalui pelaksanaan EKSA, warga JPA dapat bersama-sama membentuk disiplin dan etika kerja yang cemerlang bagi menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang berprestasi tinggi. EKSA dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dan menggalakkan pembudayaan inovatif dan kreatif bagi menambah baik proses kerja serta mencapai hasil yang ditetapkan. Selain daripada Panduan ini, semua warga JPA digalakkan merujuk kepada pekeliling- pekeliling dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa untuk membantu dalam pelaksanaan EKSA ini. Panduan ini dikuatkuasakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan untuk diguna pakai oleh semua Bahagian di JPA, supaya pelaksanaan EKSA dapat diselaras dan diseragam dengan cekap, teratur dan berkesan. Panduan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut keperluan, perubahan dan kesesuaian pelaksanaan EKSA di JPA. Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan EKSA di JPA boleh diajukan kepada Sektor Pengurusan Inovasi, Bahagian Khidmat Pengurusan melalui: Telefon : 03-8885 3036 / 3126 / 3132 / 3134 E-mel : sekretariat.eksa@jpa.gov.my 78 PENUTUP PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy