Panduan EKSA JPA EDISI 6

66 1. Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA perlu mengenal pasti, melatih dan melantik juruaudit untuk melaksanakan aktiviti Audit Dalam EKSA. 2. Pelantikan juruaudit dalam EKSA adalah sah untuk tempoh selama dua (2) tahun bermula dari tarikh pelantikan dibuat. 3. Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA dengan kerjasama Jawatankuasa Audit EKSA perlu menyediakan kriteria dan menentukan kekerapan aktiviti Audit Dalam. LANGKAH 1 MEMBENTUK PASUKAN AUDIT 1. Pasukan Audit Dalam EKSA yang dilantik hendaklah diberi latihan dari semasa ke semasa untuk memastikan urusan Audit Dalam EKSA dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. LANGKAH 2 LATIHAN AUDIT DALAM EKSA 1. Pasukan Audit Dalam EKSA akan menjalankan audit seperti yang dijadualkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA dan Jawatankuasa Audit EKSA 2. Kekerapan aktiviti Audit Dalam EKSA hendaklah sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. LANGKAH 3 MENGAUDIT PRESTASI EKSA 1. Pengerusi Jawatankuasa Audit EKSA hendaklah melaporkan penemuan audit dalam kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA. Penemuan audit dalam turut perlu dimaklumkan kepada semua warga jabatan/bahagian. 2. Jawatankuasa Audit EKSA perlu menyediakan laporan dan analisis keputusan Audit Dalam EKSA. 3. Keputusan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA perlu dipamerkan di setiap Sudut EKSA yang disediakan. Keputusan ini secara tidak langsung dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara setiap Zon. 4. Penilaian audit boleh disusuli dengan sistem ganjaran yang bersesuaian. LANGKAH 4 MENGUMUMKAN KEPUTUSAN AUDIT PELAKSANAAN AUDIT DALAM EKSA PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy