Panduan EKSA JPA EDISI 6

3.6.3 Peralatan Pencegahan Kebakaran 1. Memastikan alat pemadam api menepati kriteria yang berikut: i. Mempunyai sijil lesen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mengandungi maklumat tarikh pengilangan dan tarikh luput sijil; ii. Mempamerkan tatacara penggunaan dengan jelas; iii. Berkeadaan baik; dan iv. Digantung atau ditempatkan dalam bekas yang dikhaskan pada lokasi yang mudah dicapai. 2. Memastikan gelung hos pemadam api tidak dihalang dan dalam keadaan baik. 3. Memastikan pili bomba tidak dihalang dan dalam keadaan baik. 4. Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada tempat/peralatan yang mempunyai risiko kebakaran. Tarikh sijil alat pemadam api dipastikan tidak melepasi tarikh luput Tatacara penggunaan yang dipamerkan hendaklah menggunakan format ini. 3.6.2 Laluan, Pintu Keluar dan Tangga Kecemasan (sambungan) 5. Memastikan tanda arah laluan kecemasan diletakkan pada paras mata, kedudukan yang mudah dilihat, mencukupi dan menunjukkan arah laluan kecemasan yang terdekat. 6. Memaparkan arahan larangan merokok di semua laluan tangga. 61 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy