Panduan EKSA JPA EDISI 6

3.4.17 Bilik Terperingkat 1. Menyediakan keperluan umum seperti Perkara 3.4.1. 2. Antara bilik kerja terperingkat adalah seperti berikut: i. Bilik pelayan (server); ii. Bilik Closed-Circuit Television (CCTV); iii. Bilik Fail Terperingkat; iv. Bilik kebal; dan v. Kawasan kerja larangan. 3. Memastikan bilik kerja terperingkat sentiasa bersih, kemas, tersusun dan selamat. 4. Memastikan bilik kerja terperingkat tidak digunakan untuk tujuan lain dan tiada barang yang tidak sepatutnya. 5. Sistem pengurusan bilik kerja terperingkat perlu diamalkan dengan memenuhi ciri-ciri keselamatan (tatacara yang ditetapkan dalam peraturan keselamatan). 6. Tanda nama bilik terperingkat digalakkan menggunakan nama kod/samaran untuk tujuan keselamatan. 7. Hanya pegawai yang dibenarkan boleh mengakses bilik terperingkat. 8. Memaparkan arahan dan peringatan yang sesuai untuk panduan dan keselamatan pengguna. 54 Tanda peringatan bersesuaian BILIK CCTV Maklumat pegawai bertanggungjawab (nama dan nombor telefon) PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy