Panduan EKSA JPA EDISI 6

3.4.16 Stor Peralatan 1. Menyediakan keperluan umum seperti Perkara 3.4.1. 2. Menyediakan rekod pergerakan barangan keluar masuk dalam format yang bersesuaian. 3. Memastikan stor sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 4. Menyediakan label pada setiap ruang letak barang. 5. Memastikan susun atur barangan dibuat dengan sistematik beserta laluan yang sesuai dan selamat untuk memudahkan pergerakan dan capaian barang. 6. Memastikan barang disusun atas rak/platfom/bekas yang sesuai dan tidak diletakkan langsung di lantai. 7. Memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi. 8. Memastikan kaedah penyimpanan barang memenuhi kriteria berikut: i. Barang yang lebih berat dan mudah pecah disimpan di rak bawah manakala barang yang lebih ringan disimpan di rak yang lebih tinggi; ii. Barang yang disimpan mempunyai jarak maksimum 50sm dari siling; dan iii. Barang yang sensitif, mudah terbakar, mudah pecah dan mempunyai risiko ancaman keselamatan disimpan berasingan dari barangan lain dan diletakkan tanda peringatan yang bersesuaian. Stor Peralatan adalah tempat penyimpan barangan kegunaan jabatan seperti peralatan program, sukan, promosi, peperiksaan, latihan dan lain- lain. Stor Peralatan 53 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy