Panduan EKSA JPA EDISI 6
3.4.14 Stor 1. Menyediakan keperluan umum seperti Perkara 3.4.1. 2. Memastikan stor sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 3. Merekodkan pergerakan barangan keluar masuk menggunakan sistem rekod inventori yang jelas dan teratur bagi memudahkan capaian barangan dengan cepat dan pantas. 4. Menyediakan label pada setiap ruang letak barang. 5. Menyediakan penanda aras minimum bagi setiap barang yang sesuai. 6. Memastikan tiada bahan/peralatan yang tidak diperlukan turut disimpan di dalam stor. 7. Memastikan susun atur barangan dibuat dengan sistematik beserta laluan yang sesuai dan selamat untuk memudahkan pergerakan dan capaian barang. 8. Memastikan barang disusun atas rak/platfom yang sesuai, tidak diletakkan langsung di lantai. 9. Memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi. 10. Memastikan kaedah penyimpanan barang memenuhi kriteria berikut: i. Barang-barang disusun mengikut pengeluaran secara Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD)/First In First Out (FIFO); ii. Barang yang lebih berat dan mudah pecah disimpan di rak bawah manakala barang yang lebih ringan disimpan di rak yang lebih tinggi; iii. Barang yang disimpan mempunyai jarak maksimum 50sm dari siling; dan iv. Barang yang sensitif, mudah terbakar, mudah pecah dan mempunyai risiko ancaman keselamatan disimpan berasingan dari barangan lain dan diletakkan tanda peringatan yang bersesuaian. 11. Menyediakan ruang penyimpanan peralatan seperti tangga, troli dan kerusi di tempat yang sesuai dan dilabelkan. Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) adalah sistem inventori yang digunakan oleh kerajaan untuk tujuan kawalan dan pemantauan aset. 51 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy