Panduan EKSA JPA EDISI 6
3.4.3 Bilik Mesyuarat/Bilik Bincang 1. Menyediakan keperluan umum seperti Perkara 3.4.1. 2. Memastikan bilik mesyuarat/bilik bincang bersih, kemas, tersusun, selamat dan tidak terdapat peralatan yang tidak sepatutnya. 3. Menyediakan peralatan seperti berikut: i. Keperluan umum mengikut kesesuaian bilik mesyuarat/bilik bincang seperti kerusi, meja, mikrofon, layar, projektor, skrin TV, papan putih, pen marker dan pemadam; dan ii. Jam dinding yang menunjukkan waktu dengan tepat. 4. Memastikan peralatan/kemudahan sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 5. Memaparkan status penggunaan di luar bilik mesyuarat/bilik bincang, contohnya papan tanda ( slot in board ). 6. Memastikan meja dan kerusi disusun, peralatan disimpan dan suis ditutup setelah selesai digunakan. 7. Menyediakan perhiasan yang boleh menaikkan suasana bilik dan disenggara dengan baik namun memenuhi ketetapan perhiasan dan imej korporat seperti di Perkara 3.2.9. BILIK MESYUARAT Maklumat pegawai bertanggungjawab (nama dan nombor telefon) BERSIDANG/ TIDAK BERSIDANG Memaparkan nama bilik dan status penggunaan 41 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy