Panduan EKSA JPA EDISI 6

Tanda Nama Menyediakan tanda nama pegawai pada pintu bilik menggunakan format jabatan. Papan Putih Papan putih boleh disediakan mengikut kesesuaian ruang dan keperluan pegawai serta dipastikan dalam keadaan bersih dan baik. Perhiasan i. Perhiasan/barangan peribadi (gambar, pokok hiasan, barang perhiasan) dibenarkan tidak melebihi 1/3 ruang bilik pegawai. ii. Perhiasan mematuhi ketetapan pada perkara 3.2.9. Kekemasan dan Susun Atur i. Memastikan semua ketetapan di Meja Kerja/ Kubikel Pegawai (Perkara 3.3.1) dilaksanakan. ii. Memastikan bilik pegawai dan peralatan sentiasa bersih, kemas, tersusun dalam keadaan baik dan tidak berhabuk. iii. Susun atur perabot, peralatan dan dokumen dan bahan-bahan bacaan hendaklah bersih, kemas dan teratur. Blazer atau Jaket dan Selendang i. Memastikan hanya blazer atau jaket, tali leher dan selendang disangkut dengan kemas pada penyangkut pakaian. ii. Pakaian lain termasuk tuala, telekung dan kain pelikat tidak dibenarkan disangkut pada penyangkut pakaian. 36 3.3.2 Bilik Pegawai PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy