Panduan EKSA JPA EDISI 6

15. Barangan Peribadi i. Hanya barangan peribadi yang sesuai digunakan di pejabat sahaja dibenarkan seperti beg, makanan, pakaian sukan, topi keledar, kipas kecil dan payung. ii. Barangan peribadi seperti kerusi, sofa, meja, mesin kopi, kipas, penyaman udara mudah alih, mesin urut dan televisyen tidak dibenarkan. iii. Barangan peribadi perlu disimpan dalam laci dan kabinet peribadi (kecuali makanan basah seperti ketetapan pada Perkara 3.3.1(13). iv. Pegawai yang tidak mempunyai kabinet boleh menggunakan maksimum 1/3 ruang kerja untuk meletakkan barang peribadi namun perlu dipastikan tersusun kemas. v. Satu ruang menyimpan barangan peribadi berdimensi maksimum 45sm dibenarkan di bawah meja. vi. Peralatan ICT dan peralatan pejabat peribadi seperti monitor , kekunci dan tetikus perlulah mematuhi ketetapan imej korporat pada Perkara 3.2.9. 14. Perhiasan i. Perhiasan/barangan peribadi (gambar, pokok perhiasan, barang perhiasan) dibenarkan dengan saiz maksimum berdimensi 30sm bagi kubikel pegawai kumpulan pelaksana dan 45sm bagi kubikel pegawai kumpulan pengurusan dan profesional. ii. Perhiasan mematuhi ketetapan pada perkara 3.2.9. 45sm 45sm 30/ 45sm 30/45sm 35 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy