Panduan EKSA JPA EDISI 6

10. Kasut dan Selipar i. Hanya dua (2) pasang kasut/selipar disimpan di ruang kerja. ii. Digalakkan disimpan di dalam kotak/bekas bersesuaian. 11. Blazer, Jaket dan Selendang i. Blazer, jaket dan selendang disimpan di dalam kabinet. ii. Satu (1) blazer atau jaket dan sehelai selendang dibenar diletakkan pada kerusi dengan kemas. 12. Ruang Rujukan i. Memperuntukkan satu ruang untuk rujukan pegawai berukuran maksimum 80sm x 45sm. ii. Tidak meletakkan sebarang tampalan pada selain ruang yang diperuntukkan contohnya pada partition , perabot atau peralatan jabatan. 13. Makanan dan Minuman i. Jika terdapat keperluan makanan dan minuman di atas meja hendaklah bertutup kemas dan diletakkan jauh daripada peralatan ICT dan dokumen. ii. Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam laci ALAT TULIS dan RASMI. iii.Makanan ringan/kering boleh disimpan dalam laci PERIBADI dan kabinet PERIBADI namun perlu dipastikan bersih dan kemas. 34 80sm 45sm 80sm 45sm PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy