Panduan EKSA JPA EDISI 6

3.1.3 Amalan baik (best practices) 1. Amalan baik merujuk kepada pendekatan, kaedah, atau tindakan yang kreatif dan efisien dalam melaksanakan prinsip-prinsip EKSA sehingga menghasilkan impak positif yang boleh dijadikan contoh atau rujukan kepada pihak lain. 3.1.4 Program Pengiktirafan 1. JK Induk/Zon perlu melaksanakan program pengiktirafan EKSA seperti contoh berikut: i. Zon terbaik (peringkat jabatan). ii. Sub-Zon terbaik. iii. Ruang kerja/bilik pegawai terbaik. iv. Pantri terbaik. v. Hasil kreativiti terbaik. vi. Anugerah amalan hijau terbaik. vii. Program pengiktirafan lain yang bersesuaian. 3.1.2 Kreativiti dan Inovasi 1. Warga JPA digalakkan untuk melaksanakan amalan kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan tugas seperti contoh berikut: i. Kreativiti menggunakan barangan terpakai sebagai bekas kitar semula. ii. Menggunakan barang terpakai untuk hiasan dan kegunaan EKSA. Contoh amalan baik ( best practices ) yang boleh diamalkan: 1. Sistem kod warna bagi peralatan stor 2. Digitalisasi rekod bagi mengurangkan penggunaan kertas. 3. Kempen membawa bekas makanan sendiri untuk membeli makanan di kafeteria. 4. Sistem tadahan air hujan yang digunakan semula untuk menyiram pokok. 5. Sisa makanan di kafeteria pejabat dijadikan kompos dan digunakan untuk tanaman hiasan pejabat. 19 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy