Panduan EKSA JPA EDISI 6

JAWATANKUASA PELAKSANAAN EKSA Penaung KPPA Pengerusi TKPPA(O) Fasilitator Pegawai yang dilantik Penyelaras BKP Jawatankuasa Latihan BKP/BDTM Jawatankuasa Promosi BKP/BPO Jawatankuasa Audit BKP/BMI Ahli-ahli Pengarah-pengarah Bahagian STRUKTUR JAWATANKUASA PELAKSANAAN EKSA INDUK JPA 1. Pembentukan Jawatankuasa EKSA bertujuan memastikan tadbir urus pelaksanaan EKSA yang teratur dan cekap, meningkatkan penyertaan semua peringkat warga serta mewujudkan budaya penambahbaikan berterusan ke arah mencapai budaya kerja berprestasi tinggi. 2. Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA dibentuk di peringkat Induk (Jabatan) dan Zon (Bahagian dan Unit). Zon boleh mewujudkan sub zon, mengikut keperluan untuk meningkatkan kecekapan pelaksanaan EKSA Zon. 3. Tanggungjawab Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA hendaklah menyeluruh dan setiap ahli hendaklah menjalankan peranan masing- masing. 4. Penglibatan pengurusan atasan memainkan peranan yang penting untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan dalam pelaksanaan EKSA. Penglibatan pengurusan atasan merangkumi: i. Pengurusan atasan dan pegawai kanan dilantik sebagai peneraju jawatankuasa EKSA; ii. Pengurusan atasan mengambil bahagian dan memberi komitmen dalam aktiviti EKSA; dan iii. Pelaksanaan aktiviti EKSA dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan bahagian. 12 PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JPA EDISI KE-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy