PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN KANDUNGAN PORTAL RASMI JPA 7 7. PROSES KERJA DAN CARTA ALIR 7.1. Proses Kerja Penerangan berkaitan proses kerja adalah seperti di jadual di bawah: NO PROSES KERJA CATATAN TINDAKAN 1. Bahagian/ Unit menyediakan maklumat yang diperlukan. ● Maklumat adalah merujuk kepada maklumat Bahagian/ Unit dalam bentuk carta organisasi, surat edaran, pekeliling, poster dan lain-lain jenis dokumen. ● Maklumat perlu disediakan dalam versi Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI). Bahagian/ Unit 2. Bahagian/ Unit membuat pengelasan maklumat Dokumen Rahsia Rasmi. ● Perlu memastikan maklumat yang hendak dimuat naik bukan kategori Rahsia Besar, Rahsia dan Sulit. Bahagian/ Unit 3. Bahagian/ Unit perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengarah/ Ketua Unit berkaitan maklumat kandungan yang disediakan. ● Pegawai di Bahagian/ Unit bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Bahagian/ Ketua Unit mengikut prosedur dalaman Bahagian/Unit terlebih dahulu sebelum maklumat diemelkan kepada urus setia di UKK. Bahagian/ Unit 4. Bahagian/ Unit menghantar permohonan untuk muat naik maklumat ke dalam portal kepada UKK. ● Menghantar e-mel permohonan menggunakan templat e-mel seperti Lampiran 1. Bahagian/ Unit
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy