Buku Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan (PLPP) Sektor Awam

85 Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan ETIKA BERPAKAIAN PELANGGAN YANG BERURUSAN DENGAN KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI KERAJAAN Berdasarkan prinsip Rukun Negara Kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan serta selaras dengan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Negara mengenai Penambahbaikan Kepada Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam bertarikh 1 Disember 2020, maka Ketua Jabatan perlu bertanggungjawab menguruskan etika berpakaian pelanggan berdasarkan peranan berikut : PERANAN JABATAN KERAJAAN: ii. Ketua Jabatan perlu memastikan pelanggan yang berurusan di pejabat dan kaunter perkhidmatan Kerajaan berpakaian sopan, kemas, lengkap dan bersesuaian dengan persekitaran premis Kerajaan atas urusan rasmi. Etika berpakaian juga perlu berpadanan dengan norma peradaban masyarakat Malaysia demi keharmonian dan menghormati aspek keselesaan pelanggan yang lain; i. Pernyataan “PELANGGAN HENDAKLAH BERPAKAIAN SOPAN DAN BERSESUAIAN” hendaklah dipamerkan dengan jelas di pintu masuk pejabat sebagai ingatan supaya pelanggan cakna mengenainya; iii. Dalam situasi tertentu di mana pelanggan tidak mematuhi etika berpakaian atau sebab-sebab yang munasabah, Ketua Jabatan perlu menggunakan budi bicara untuk membenarkan pelanggan berkenaan berurusan; dan iv. Sekiranya terdapat keperluan untuk menegur pelanggan mengenai perkara ini, ia hendaklah dilaksanakan secara berhemah dan Ketua Jabatan perlu memastikan penyampaian perkhidmatan tidak tergendala dan semua petugas barisan hadapan dapat melayani pelanggan secara profesional. PELANGGAN HENDAKLAH BERPAKAIAN SOPAN DAN BERSESUAIAN PELANGGAN HENDAKLAH BERPAKAIAN SOPAN DAN BERSESUAIAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy