Buku Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan (PLPP) Sektor Awam

MENGADAKAN “PERBUALAN KECIL” ATAU “INTERAKSI SOSIAL” 1. Sewaktu menjalankan urusan rasmi dengan para 'tetamu', para petugas boleh mempamerkan amalan mesra sama ada memulakan "perbualan kecil" atau "berinteraksi sosial". Amalan ini dipanggil amalan hospitaliti. Namun ia perlu dilakukan dengan cukup cermat agar tidak mengganggu tugas atau memanjangkan tempoh masa urusan. Perhatikan gerak balas para tetamu untuk mengetahui tahap penerimaan mereka terhadap amalan ini. Tinggalkan amalan ini jika tetamu tidak memberi reaksi positif. 2. Berikut merupakan empat skop yang boleh diambilkira dalam memulakan "perbualan kecil" atau "perbualan hospitaliti". Perkara umum berkaitan dengan urusan yang sedang diberikan Pertanyaan santai mengenai makan minum, aktiviti semasa, tempat bertugas dan negeri asal berdasarkan alamat Mykad Pertanyaan santai mengenai tempat parkir, cuaca, pengangkutan dan keadaan lalu lintas Hal Berkaitan Urusan Hal Berkaitan Peribadi Umum Hal Berkaitan Persekitaran Hal Berkaitan Pengiring Bertegur sapa dengan pasangan ‘tetamu’ sama ada suami atau isteri/kanak-kanak/ahli keluarga/rakan/ saudara 41 Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy