Buku Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan (PLPP) Sektor Awam

ASAS KESOPANAN 9. Guna Panggilan Hormat Panggilan Nama ‘Biasa’ Sebagai pembuka kata, panggillah tetamu dengan panggilan rasmi seperti ‘Encik/Tuan/Tuan Haji’ dan 'Cik/Puan'. Elakkan panggilan tidak rasmi seperti ‘Pakcik/Makcik/Abang/Kakak”. Tetapi sekiranya ’tetamu’ mahu mereka dipanggil dengan pengenalan tertentu (Pakcik/Makcik) maka bolehlah anda berbuat demikian. Panggilan Nama ‘Keluarga Bergelar’ Sekiranya ‘tetamu’ mempunyai gelaran seperti ‘Tengku/Tunku/Ungku’ panggillan perlulah dimulakan dengan ‘Yang Mulia’. Sekiranya nama mereka bermula dengan ‘Syed/Syarifah’, panggillah mereka dengan ‘Tuan Syed/Puan Syarifah’. Panggilan Nama ‘Anugerah’ Sekiranya ‘tetamu’ mempunyai gelaran anugerah di peringkat persekutuan atau negeri (contoh ‘Dato’/Datuk/Datin/Datuk Sri/Datin Seri/Datin Paduka/Tan Sri atau Tun), panggillah gelaran rasmi mereka bermula dengan ‘Yang Berbahagia…(Datuk)....’ i. ii. iii. Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan 35

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy