ASAS KESOPANAN Pegawai awam terutamanya petugas barisan hadapan telah mengamalkan perkhidmatan yang baik melalui panduan sedia ada serta penyeliaan pegawai atasan. Namun, ia tidak seragam antara satu jabatan dengan jabatan yang lain dalam sektor awam. Oleh itu, PLPP mengesyorkan supaya konsep 'tuan rumah' (kaunter kerajaan) dan 'tetamu' (pelanggan) perlu diamalkan dan ia akan memberikan impak yang jelas ke atas kualiti penyampaian perkhidmatan yang disampaikan. PLPP juga mengesyorkan senarai amalan yang seragam seperti berikut: 1. Pandang Muka Ketika para tetamu (pelanggan) melangkah menuju ke kaunter anda, tunjukkan kesopanan anda dengan memandang muka mereka. 2. Angguk Berikan anggukkan kecil kepada para tetamu bagi menunjukkan anda bersedia untuk melayani mereka. 3. Senyum Berikan senyuman yang terbaik anda kepada para tetamu. Senyuman anda perlulah dilihat ikhlas dan ceria. Senyuman boleh menyebabkan suasana yang positif dan selesa. Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan 32
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy