Buku Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan (PLPP) Sektor Awam

ASAS KESOPANAN Pengenalan Asas Kesopanan dalam Perkhidmatan Awam Keberhasilan Hubungan saling menghormati antara pegawai awam dan pelanggan Pegawai awam yang profesional melalui kualiti kerja yang seimbang antara prosedur kerja yang perlu dipatuhi dengan hubungan baik dengan pelanggan Pegawai awam yang mengamalkan nilai dan etika serta mempunyai empati terhadap pelanggan Imej perkhidmatan awam yang berkualiti serta mesra pelanggan 1. 2. 3. 4. Asas kesopanan ialah satu kaedah yang digunakan untuk mempamerkan amalan budi pekerti daripada seseorang insan kepada insan yang lain. Ia merupakan satu keperluan asas bagi semua manusia walaupun berbeza sosiobudaya. Warganegara Malaysia termasuk pegawai awam perlu mengamalkan Rukun Negara dan Kesopanan dan Kesusilaan merupakan Rukun Negara yang kelima. Pegawai awam terutamanya petugas barisan hadapan perlu mengamalkan asas-asas kesopanan dalam perkhidmatan awam. Ia merupakan aspek penting bagi meningkatkan imej perkhidmatan awam yang berkualiti kepada rakyat. Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan 30

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy