Buku Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan (PLPP) Sektor Awam

20 Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan 1. Pengukuhan Integrasi Teknologi 2. Kolaborasi dengan Pelbagai Pihak untuk Pelbagai Perkhidmatan 3. Satu Kaunter Pelbagai Perkhidmatan 4. Petugas Kaunter Serba Boleh Pos Malaysia Seperti Maybank Berhad, Pos Malaysia percaya bahawa integrasi teknologi, selain dari pengukuhan teknologi itu sendiri, adalah penting untuk mencapai mutu perkhidmatan yang tinggi. Pelbagai urusan dapat dilakukan di pejabat-pejabat pos, termasuklah urusan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalanraya kenderaan. Selaras dengan pengintegrasian teknologi, Pos Malaysia mempunyai hubungan kolaborasi yang kukuh dengan pelbagai pihak untuk memastikan para pelanggan mendapat perkhidmatan yang memuaskan, bukan sahaja di kaunter-kaunter, malah secara atas talian. Kolaborasi dengan pelbagai pihak juga membolehkan Pos Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan di kaunter-kaunter pejabat pos. Untuk menyokong pengintegrasian teknologi dan usaha kolaborasi mereka, Pos Malaysia sentiasa melatih petugas-petugasnya agar mereka sentiasa mahir dan kompeten untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang Pos Malaysia tawarkan. Pos Malaysia telah melonjak ke satu aras perkhidmatan yang lebih luas dan dinamik untuk mencipta kepuasan untuk para pelanggannya. Perkhidmatan Pos Malaysia kini merangkumi pembayaran bil utiliti di kaunter atau secara dalam talian (Pos Online); pembayaran kad kredit secara atas talian, dan urusan-urusan lain yang berkenaan dengan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Amalan terbaik dari Pos Malaysia:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy