PERSIDANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TAHUN 2024

PERSIDANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TAHUN 2024 Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam atau Public Sector Human Resource Management Conference (HRMC) julung-julung kali diadakan pada 4 hingga 5 September 2019. HRMtC 2024 adalah penganjuran kali ke-2 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan tema “Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi". Pengisian HRMC terdiri daripada: • Forum/ceramah berhubung isu-isu pengurusan sumber manusia; dan • Sesi interaksi antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan pengurus-pengurus sumber manusia. Sasaran penyertaan bagi persidangan ini ialah di kalangan pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi Persekutuan dan Negeri. Objektif HRMC memupuk kesedaran kepada para pengurus dan personel sumber manusia tentang isu-isu yang sering dihadapi oleh sektor awam dan cabaran dalam pengurusan sumber manusia serta cara mengatasinya meningkatkan pengetahuan dan pendedahan mengenai pengurusan sumber manusia sektor awam dalam kalangan pengurus dan personel sumber manusia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy