PERSIDANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TAHUN 2024 Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam atau Public Sector Human Resource Management Conference (HRMC) julung-julung kali diadakan pada 4 hingga 5 September 2019. HRMtC 2024 adalah penganjuran kali ke-2 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan tema “Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi". Pengisian HRMC terdiri daripada: • Forum/ceramah berhubung isu-isu pengurusan sumber manusia; dan • Sesi interaksi antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan pengurus-pengurus sumber manusia. Sasaran penyertaan bagi persidangan ini ialah di kalangan pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi Persekutuan dan Negeri. Objektif HRMC memupuk kesedaran kepada para pengurus dan personel sumber manusia tentang isu-isu yang sering dihadapi oleh sektor awam dan cabaran dalam pengurusan sumber manusia serta cara mengatasinya meningkatkan pengetahuan dan pendedahan mengenai pengurusan sumber manusia sektor awam dalam kalangan pengurus dan personel sumber manusia
ATUR CARA PERSIDANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TAHUN 2024 9.15 pagi 8.00 pagi 10.30 pagi 9.30 pagi MASA PROGRAM Pendaftaran dan Sarapan Pagi Foyer Putrajaya Ballroom, Aras 3 Ketibaan Tetamu Kehormat Ketibaan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Majlis Perasmian Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam Bacaan Doa Tayangan Montaj Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2024 Ucaptama dan Perasmian Oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tayangan Montaj dan Gimik Pelancaran Pelan Pembangunan Profesional Pegawai Minum Pagi Foyer Putrajaya Ballroom, Aras 3 Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ( PTD)
ATUR CARA PERSIDANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TAHUN 2024 11.00 pagi 1.00 petang 2.30 petang 5.00 petang MASA PROGRAM Sesi Forum Tajuk: Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Panel: YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam YBhg. Dato’ Mohd Khalis Abdul Rahim Group Chief Human Capital Officer, Malaysia Aviation Group (MAG) YBhg. Datuk (Dr) Nora Manaf Former Group Chief Human Capital Officer, Maybank Moderator: Tuan Sayed Munawar Sayed mustar Rehat / Makan Tengah Hari Coffee House Lower Lobby, Aras 1 Minum Petang Foyer Putrajaya Ballroom, Aras 3 Foyer Garden Ballroom, Aras 1 Bersurai Bicara Perkhidmatan Awam
MAKLUMAT BICARA PERKHIDMATAN AWAM (2.30 - 5.00 petang) BICARA TAJUK / PANEL / LOKASI 1 Bahagian Perkhidmatan “Ganjaran Berteraskan Kompetensi: Bersediakah Anda? Bahagian Pencen “Urusan dan Isu-isu Semasa Persaraan” Putrajaya Ballroom, Aras 3, Lobi Utama 2 Bahagian Gaji dan Elaun “Ketersediaan Masa Hadapan Perkhidmatan Awam – Tatakelola Pengurusan Saraan” Garden Ballroom 1, Aras 1 3 Bahagian Perjawatan dan Organisasi “Pengurusan Perjawatan Pasca SSPA” Garden Ballroom 2, Aras 1 4 Bahagian Pembangunan Modal Insan “Kemudahan Latihan Dalam Perkhidmatan” Bahagian Pengurusan Psikologi "Kesejahteraan Teras Modal Insan Produktif" Garden Ballroom 3, Aras 1
“Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi ” Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim telah memegang jawatan ini sejak Disember 2023. Sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), beliau terlibat dalam merangka dasar pembangunan sumber manusia untuk memacu agenda reformasi sektor awam. Ini termasuk menetapkan visi dan hala tuju yang jelas bagi pelaksanaan Reformasi Sumber Manusia dalam Sektor Awam untuk memenuhi permintaan dan harapan baru daripada pihak berkepentingan dan rakyat. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1994. Sebelum menjawat jawatan semasa, Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai agensi kerajaan, termasuk Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Institut Tadbiran Awam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, serta Kementerian Pendidikan. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 30 tahun, juga pernah berkhidmat sebagai Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris, Perancis. YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Panel Pertama:
Dato’ Mohd Khalis Abdul Rahim ialah Group Chief Human Capital Officer bagi Malaysia Aviation Group, bertanggungjawab ke atas pengurusan modal insan. Beliau memegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Sumber Manusia dari University of Canberra dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Psikologi Gunaan dari Coventry University, UK. Selain itu, beliau juga merupakan Certified Advanced Human Resource Professional (CAHRP) daripada Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia dan Certified Business and Executive Coach dari UMCCed. Dato' Khalis, yang mempunyai lebih 32 tahun pengalaman dalam pengurusan sumber manusia, telah berkhidmat dalam syarikat multinasional merentasi pelbagai industri. Beliau telah dianugerahkan pelbagai penghargaan antarabangsa, termasuk Ketua Pegawai Sumber Manusia Terbaik dan HR Leadership Award, serta baru-baru ini menerima ARTDO International HRD Excellence Award pada 2024. Dato' Khalis kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Akademi Malaysia Airlines Berhad, Profesor Adjung di Universiti Multimedia, dan Panel Industri untuk Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan di Universiti Teknologi MARA “Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi ” YBhg. Dato’ Mohd Khalis Abdul Rahim Malaysia Aviation Group (MAG) Panel Kedua:
Datuk (Dr) Nora Manaf telah memimpin transformasi bakat melalui Maybank’s People, Workplace and Employer of Choice Transformation sejak 2008, menjadikan Maybank sebagai syarikat berprestasi tinggi di peringkat global. Datuk Nora diiktiraf sebagai pemimpin bertaraf global dengan pensijilan seperti Chartered Fellow of CIPD (UK), satu-satunya warga bukan Singapura yang dianugerahkan sebagai Master Professional (MP) oleh IHRP (Singapura), Chartered Banker (CB Institute, Scotland), serta anugerah ‘Doctorat by Practice’ dari Heriot-Watt University, Edinburgh. Datuk Nora juga mempengerusikan beberapa jawatankuasa peringkat nasional dan memegang beberapa jawatan dalam Lembaga Pengarah. Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah, Ahli Majlis Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Ahli Jawatankuasa Penasihat Buruh Nasional (NLAC), Ahli Majlis Penasihat Industri (IAC) Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (DPCCE), Ahli Majlis Penasihat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta untuk Majlis Penasihat Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Akademik Putra Business School (PBS). Beliau juga merupakan Pengerusi Bersama ASEAN Research Centre (ARC), Asia School of Business. “Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi ” YBhg. Datuk (Dr) Nora Manaf Former Group Chief Human Capital Officer, Maybank Panel Ketiga:
Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar merupakan advokator kandungan dan pemuka media nasional menerusi rancangan bual bicara advokasi dasar di RTM selama lebih 27 tahun. Selain menemu bual tokoh dalam dan luar negara, beliau turut mengendalikan agensi perundingan pembangunan kandungan untuk sektor awam dan swasta. Merupakan mantan pengarah di Al Hady Centre agensi penyelidikan kerajaan negeri Pulau Pinang dan CEO Perbadanan Kota Buku di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam urusan perdagangan kandungan di pentas antarabangsa. “Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi ” Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar Moderator:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy