Selain itu, kementerian dan agensi juga boleh menganjurkan kursus dengan kerjasama rakan strategik masing-masing bagi tujuan pembangunan pegawai. KURSUS PEMBANGUNAN EKSEKUTIF Kursus berimpak tinggi akan ditawarkan kepada pegawai berprestasi tinggi dan pegawai berpotensi ke jawatan strategik sebagai persediaan untuk memperkukuh strategi pengurusan. Ia dikendalikan oleh institusi dan pusat latihan bertaraf dunia yang dilatih oleh pakar-pakar pengurusan di samping dapat meningkatkan rangkaian pegawai-pegawai terpilih. ADVANCED LEADERSHIP PROGRAM Program pengukuhan kompetensi bagi pegawai JUSA A, B dan C yang memfokuskan dua bidang utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan. Kursus ini dilaksanakan di dalam dan luar negara. PROGRAM SANGKUTAN Program sangkutan pegawai kerajaan ke Syarikat Swasta/ Agensi Kerajaan di luar negara. Japan Company Attachment Program (JCAP) British Company Attachment Program (BMCC) Korean Government Attachment Program (KGAP) KURSUS PENDEK JICA Kursus bagi pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 ke atas di bawah tajaan Japan International Cooperation Agency (JICA) yang bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pelbagai bidang seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan alam sekitar dan teknologi maklumat. Kursus ini dijalankan di negara Jepun. LEAD4FUTURE Kursus yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 hingga Gred 15 supaya dapat menjalankan tugas di peringkat yang lebih tinggi yang memfokuskan bidang kepimpinan, strategi, gelagat organisasi dan pengurusan perubahan. Kursus ini dilaksanakan di dalam dan luar negara. PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF Kursus ini bertujuan untuk menyediakan latihan kepimpinan dan pembangunan sumber manusia kepada pegawai kerajaan Malaysia dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berada dalam Gred 9 - Gred 10 (Junior)/ Gred 12 - Gred 14 (Senior). Peserta akan diberikan pendedahan tentang falsafah dan nilai-nilai positif yang dimiliki oleh bangsa Korea serta mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara. Sila layari www.bmipenajaan.jpa.gov.my untuk maklumat lanjut. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 29
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy