PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PEGAWAI PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) 2024

EKSPEKTASI KEPIMPINAN PTD tergolong di dalam kategori Pengurusan dan Profesional (P&P). Penentuan tugas utama PTD adalah berdasarkan: Bentuk dan kompleksiti tugas. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Hubungan kerja. PTD juga mempunyai prospek kerjaya yang luas untuk memimpin jawatan strategik perkhidmatan awam dalam kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) yang merupakan pencapaian kerjaya tertinggi bagi pegawai yang benar-benar layak. Pendedahan kepimpinan telah bermula sejak lantikan dan ekspektasi kepimpinan ini dibahagikan kepada kepimpinan individu, pasukan dan organisasi. Sebagai pemimpin, anda sudah mahir memimpin banyak pasukan dan perlu memberi hala tuju organisasi. Anda perlu lebih mendalami aspek tata kelola, akauntabiliti, etika dan memimpin secara strategik melibatkan sistem dan ekosistem yang pelbagai. MEMIMPIN ORGANISASI Anda perlu mengetuai pasukan. Anda bukan sahaja perlu mengurus sumber dan menyelaras projek dengan baik, tetapi memastikan pasukan anda dapat melaksanakan tugas dengan sumber tersedia dengan baik dan teratur. Kemahiran pengurusan pasukan perlu dikuasai. MEMIMPIN PASUKAN Kepimpinan bermula dari keupayaan diri anda untuk menyedari potensi diri, impak tugas anda serta kebolehan untuk mengurus diri dan tingkah laku untuk beradaptasi dengan orang lain dan persekitaran. MEMIMPIN DIRI SENDIRI PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 20

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy