PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Calon pemimpin masa hadapan boleh dikenal pasti di kalangan pegawai kompeten, berprestasi tinggi dan berpotensi untuk mengisi jawatan yang lebih tinggi. Pembangunan potensi seharusnya bermula di awal kerjaya melalui pembangunan kompetensi yang berstruktur dan seterusnya penilaian membantu proses saringan untuk mengenalpasti calon pemimpin yang layak. Bagi latihan pembangunan potensi pula, Kamus Kompetensi Kepimpinan Awam (KKPA) boleh dirujuk dan jenis latihan boleh disesuaikan mengikut lapisan gred. Para peserta Leadership Assessment Programmes (LEAPs) digalakkan untuk membaca bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan kepimpinan dan meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu semasa. Peserta juga disyorkan untuk menghadiri kursus-kursus kepimpinan yang relevan anjuran agensi masing-masing, pihak swasta, atau yang ditawarkan di Institut Latihan Awam (ILA) sebagai langkah persediaan sebelum menghadiri LEAPs untuk pembangunan kerjaya pegawai. Contohnya, peserta boleh memohon kursus-kursus berkaitan kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan pemikiran strategik untuk mempertingkatkan kemahiran serta keyakinan peserta. Pembangunan dan Penilaian Potensi PERSEDIAAN PENILAIAN POTENSI LEADERSHIP ASSESSMENT PROGRAMMES (LEAPS) LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT 13 Sila imbas kod QR untuk maklumat lanjut.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy