Dengan perkembangan semasa, perkhidmatan awam perlu lebih peka kepada kaedah pembangunan latihan dan kepimpinan yang bersesuaian. Pegawai perlu memahami bahawa latihan adalah penting bagi kemajuan kerjaya individu. Secara umum, ia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Setiap pegawai mesti memahami konsep “learn, unlearn dan relearn” apabila mempelajari ilmu. Kemahiran baharu yang sesuai untuk pemantapan kompetensi kerja masing-masing. Pembelajaran secara formal atau tidak formal boleh dilakukan asalkan pegawai mendapat manfaat daripadanya. PEMBELAJARAN KENDIRI Pegawai disarankan membuat perancangan untuk latihan dan kemahiran yang perlu dikuasai. Dalam dunia tanpa sempadan, platform percuma atas talian, buku dan maklumat berbentuk audio/ video boleh dijadikan bahan rujukan supaya matlamat asas latihan ini berjaya dicapai. Sebagai contoh: TRM-EPSA, Coursera. PRINSIP LATIHAN 70: 20: 10 70- on the job training, 20- peer learning / maklum balas dan 10latihan formal (kursus) merupakan prinsip latihan bagi sesebuah organisasi yang mahu mewujudkan pegawai yang cekap dan mahir. MENTORING DAN COACHING Coaching merupakan elemen baharu bagi meningkat prestasi pasukan dan mencungkil potensi kepimpinan di kalangan pemimpin muda. Sekiranya dipadankan dengan aktiviti mentoring, pegawai akan lebih bersedia menjadi barisan pelapis pemimpin perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT Falsafah Pembangunan Pegawai PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 9
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy