ISU DAN CABARAN Jurang Pemahaman Pelbagai Generasi Generasi X, Y dan Millenial adalah tulang belakang perkhidmatan awam. Kepelbagaian ini boleh menyebabkan perbezaan pendapat, budaya dan cara bekerja. Ini perlu difahami supaya masalah komunikasi dapat ditangani. Dominasi Teknologi dan Digital Dunia digital dan teknologi, revolusi IR 4.0 adalah trend terkini serata dunia dan perlu dikuasai untuk terus maju ke hadapan. Justeru, kemahiran teknologi dan digital merupakan kemahiran asas yang juga diperlukan bagi penggubal dasar. Kepelbagaian Budaya Organisasi Budaya organisasi berbeza mengikut struktur dan saiz organisasi serta skim perkhidmatan. Pemimpin juga mencorakkan budaya sesuatu organisasi. Maka ini juga menjadi cabaran apabila kepimpinan baharu menerajui organisasi itu. Peluang Pembangunan Berstruktur Dunia tanpa sempadan dan informasi digital perlu digunakan sebaik mungkin oleh pegawai bagi pembangunan profesionalisme masingmasing. Namun, pembangunan berstruktur perlu ada supaya ianya boleh dijadikan panduan kepada semua pihak. Antara isu dan cabaran yang dihadapi perkhidmatan awam pada masa kini adalah: PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 6
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy