PELAN PROFESIONAL 2024 PEMBANGUNAN PEGAWAI PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK BAHAGIAN PERKHIDMATAN
Segala puji dan rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang atas kejayaan penghasilan dan penerbitan Pelan Pembangunan Profesional Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). Pelan ini merupakan hasil usaha bersama pengurus sumber manusia dari pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi dalam menyusun panduan komprehensif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kompetensi profesional pegawai PTD. Pelan ini telah dirangka dengan teliti untuk memberikan panduan yang berstruktur kepada pegawai PTD dalam memahami, menghayati, dan mengaplikasikan prinsip-prinsip terbaik dalam pembangunan profesional. Pembangunan profesional bagi pegawai PTD memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan kecekapan, kualiti perkhidmatan, melahirkan pemimpin yang berkaliber dan menyumbang kepada pembangunan negara selaras dengan aspirasi negara di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu memperkukuh penyampaian perkhidmatan sektor awam dengan melahirkan barisan pemimpin yang berkebolehan dan berkeupayaan tinggi. Pelan ini juga dibangunkan berdasarkan falsafah S.I.A.P yang merujuk kepada struktur latihan yang jelas, impak kepada organisasi oleh pegawai, akauntabiliti pada pembangunan diri dan pemimpin berpotensi. Oleh itu, dengan kewujudan pelan ini, saya berharap ia akan menjadi sumber rujukan utama bagi pegawai PTD dan Pengurus Sumber Manusia untuk merancang latihan pegawai masing-masing bagi mempersiap dan meningkatkan kompetensi pegawai untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam membangunkan pelan ini. Akhir kata, semoga pelan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua pegawai PTD. Teruslah berusaha untuk meningkatkan diri demi perkhidmatan awam yang unggul. Sekian, terima kasih. TAN SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Perutusan Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD
ISI KANDUNGAN 01 02 Pengenalan Latar Belakang Pembangunan Bakat Tanggungjawab Pegawai Peluang Pembangunan Profesional Glosari Rujukan 03 04 05 06 PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD
BAB 1: PENGENALAN Bab ini memberi gambaran ringkas mengenai pembangunan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). Ini merangkumi Pelan Pembangunan Profesional PTD dan rujukan asas yang berkaitan. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD
Pengenalan Pembangunan kepimpinan Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) bermula apabila pegawai dipilih untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai Pegawai Kadet PTD. Setelah dilantik ke dalam perkhidmatan awam, peranan PTD diperkukuhkan melalui 8 bidang pengkhususan bidang PTD dan pegawai akan menerima pendedahan melalui penempatan dan pusingan kerja yang pelbagai di sepanjang perkhidmatan mereka. Dalam menelusuri cabaran global dan perkembangan era teknologi digital, kemajuan kerjaya pegawai adalah merupakan gabungan pendedahan kerja, penempatan pelbagai portfolio, bimbingan penyelia dan juga latihan formal dan tidak formal. Bagi memastikan setiap pegawai kekal produktif, kompeten, bermotivasi tinggi dan boleh memikul tanggungjawab, pembangunan kapasiti pegawai perlu dirancang sebaiknya secara lebih holistik. Terdahulu, perancangan pembangunan PTD juga meliputi pelaksanaan Pelan Landasan Kerjaya PTD, PTD Training Roadmap, Leadership Assessment Programmes (LEAPs) dan pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian PTD (KKFPTD). Terkini, penghasilan Pelan Pembangunan Profesional PTD ini adalah sebahagian daripada sistem sokongan laluan kerjaya PTD sebagai pentadbir dan penggubal dasar negara. Pelan ini dapat melengkapi perancangan kemajuan kerjaya PTD secara keseluruhan. Dokumen ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengurus sumber manusia dalam merancang program pembangunan kapasiti di Kementerian/ Agensi masing-masing. Selain itu, pegawai PTD juga boleh menggunakan pelan ini untuk merancang latihan yang bersesuaian. Pelan ini juga boleh dijadikan sumber kepada pengendali latihan dalam mengenalpasti jenis latihan upskilling, reskilling dan newskilling yang boleh diperkenalkan kepada pegawai. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 1
Pegawai PTD bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. Sumber: Penghuraian kerja Skim PTD Dokumen Skim Perkhidmatan PTD, JPA Peranan PTD PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 2
BIDANG PENGKHUSUSAN PTD BIDANG PENGKHUSUSAN PTD Pengurusan Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Pengurusan Kewangan Kerajaan Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri Ekonomi Perumahan, Perbandaran, Kerajaan Tempatan dan Pentadbiran Tanah Keselamatan dan Pertahanan Pembangunan Sosial dan Masyarakat Sains, Teknologi dan Alam Sekitar PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 3
OBJEKTIF PELAN Pengurus Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan Pemimpin/ Ketua Jabatan Pegawai PTD pelbagai gred Pelan ini dirangka khusus untuk: PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 4 Memupuk kesedaran dan rasa akauntabiliti kepimpinan di kalangan pegawai dalam pasukan dan organisasi yang dipimpin. Memahami teras pembudayaan pemantapan kompetensi berdasarkan Kamus Kompetensi Fungsian Tadbir dan Diplomatik (KKFPTD). Memilih latihan dan program pembangunan yang bersesuaian dalam menyokong kemajuan kerjaya pegawai ke gred yang lebih tinggi dan penguasaan bidang pengkhususan masing-masing.
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Pelan Pembangunan Profesional Pegawai PTD atau sebelum ini dikenali sebagai Training Roadmap (TRM) merupakan sebahagian daripada perancangan hala tuju dan kemajuan kerjaya individu yang ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Perancangan ini telah mengambil kira kompetensi skim perkhidmatan, gred perkhidmatan dan latihan-latihan yang diperlukan oleh setiap penjawat awam berdasarkan kompetensi yang telah ditetapkan. Selain itu, perancangan ini adalah berpandukan dasar-dasar atau pekeliling yang sedang berkuatkuasa. 2005 2005 2008 Deskripsi Tugas PTD Sumber: EZSkim Bahagian Perjawatan & Organisasi, JPA Dasar Latihan Sektor Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Garis Panduan Pelaksanaan Landasan Kerjaya Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Bahagian Perkhidmatan, JPA PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD RUJUKAN BERKAITAN SKIM PTD 5 2008 2010 2013 Pelan Komprehensif Pembangunan Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Bahagian Perkhidmatan, JPA Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Kluster PTD Bahagian Perkhidmatan, JPA Pelaksanaan Leadership Assessment Programmes (LEAPs) 2021 2023 2023 Dasar MyPerformance Kamus Kompetensi Fungsian PTD Bahagian Perkhidmatan, JPA Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (Ditangguhkan) E-brosur Leadership Assessment Programmes (LEAPs)
ISU DAN CABARAN Jurang Pemahaman Pelbagai Generasi Generasi X, Y dan Millenial adalah tulang belakang perkhidmatan awam. Kepelbagaian ini boleh menyebabkan perbezaan pendapat, budaya dan cara bekerja. Ini perlu difahami supaya masalah komunikasi dapat ditangani. Dominasi Teknologi dan Digital Dunia digital dan teknologi, revolusi IR 4.0 adalah trend terkini serata dunia dan perlu dikuasai untuk terus maju ke hadapan. Justeru, kemahiran teknologi dan digital merupakan kemahiran asas yang juga diperlukan bagi penggubal dasar. Kepelbagaian Budaya Organisasi Budaya organisasi berbeza mengikut struktur dan saiz organisasi serta skim perkhidmatan. Pemimpin juga mencorakkan budaya sesuatu organisasi. Maka ini juga menjadi cabaran apabila kepimpinan baharu menerajui organisasi itu. Peluang Pembangunan Berstruktur Dunia tanpa sempadan dan informasi digital perlu digunakan sebaik mungkin oleh pegawai bagi pembangunan profesionalisme masingmasing. Namun, pembangunan berstruktur perlu ada supaya ianya boleh dijadikan panduan kepada semua pihak. Antara isu dan cabaran yang dihadapi perkhidmatan awam pada masa kini adalah: PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 6
BAB 2: LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT Bab ini menerangkan tentang falsafah pembangunan pegawai, pembangunan kompetensi, pembangunan dan penilaian potensi dan kompetensi yang diperlukan oleh pegawai PTD bagi setiap gred. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD
Falsafah Pembangunan Pegawai Pembangunan Kompetensi LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT Pembangunan dan Penilaian Potensi Kompetensi Pegawai PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 7
Dalam membangunkan Pelan Pembangunan PTD ini, falsafah S.I.A.P dijadikan teras dan aspirasi agar semua pegawai PTD menjalani latihan yang berstruktur sepanjang perkhidmatan dan perkhidmatan mereka memberi impak kepada organisasi. Akronim S.I.A.P merujuk kepada Struktur, Impak, Akauntabiliti dan Potensi. LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT S.I.A.P PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 8 P A S I Struktur latihan yang jelas Impak kepada organisasi oleh pegawai Akauntabiliti pada pembangunan diri Pemimpin Berpotensi
Dengan perkembangan semasa, perkhidmatan awam perlu lebih peka kepada kaedah pembangunan latihan dan kepimpinan yang bersesuaian. Pegawai perlu memahami bahawa latihan adalah penting bagi kemajuan kerjaya individu. Secara umum, ia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Setiap pegawai mesti memahami konsep “learn, unlearn dan relearn” apabila mempelajari ilmu. Kemahiran baharu yang sesuai untuk pemantapan kompetensi kerja masing-masing. Pembelajaran secara formal atau tidak formal boleh dilakukan asalkan pegawai mendapat manfaat daripadanya. PEMBELAJARAN KENDIRI Pegawai disarankan membuat perancangan untuk latihan dan kemahiran yang perlu dikuasai. Dalam dunia tanpa sempadan, platform percuma atas talian, buku dan maklumat berbentuk audio/ video boleh dijadikan bahan rujukan supaya matlamat asas latihan ini berjaya dicapai. Sebagai contoh: TRM-EPSA, Coursera. PRINSIP LATIHAN 70: 20: 10 70- on the job training, 20- peer learning / maklum balas dan 10latihan formal (kursus) merupakan prinsip latihan bagi sesebuah organisasi yang mahu mewujudkan pegawai yang cekap dan mahir. MENTORING DAN COACHING Coaching merupakan elemen baharu bagi meningkat prestasi pasukan dan mencungkil potensi kepimpinan di kalangan pemimpin muda. Sekiranya dipadankan dengan aktiviti mentoring, pegawai akan lebih bersedia menjadi barisan pelapis pemimpin perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT Falsafah Pembangunan Pegawai PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 9
Pembangunan kompetensi adalah asas bagi mewujudkan pegawai yang terlatih, kompeten dan berprestasi tinggi. Asas kepada pembangunan kompetensi adalah kamus kompetensi mengikut skim perkhidmatan yang telah diperjelaskan melalui Kamus Kompetensi Fungsian PTD (KKFPTD) dalam sistem MyPerformance. Keperluan memenuhi kompetensi dan potensi telah diperjelaskan dalam Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (PP Bil. 01/2016) Lampiran B3, Klasifikasi Perkhidmatan PTD, Para 9: Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk pertimbangan kenaikan pangkat. Kompetensi Generik dan Fungsian PTD ini juga telah dijadikan asas bagi penilaian prestasi. Lapan (8) bidang pengkhususan PTD memerlukan pendedahan dan latihan yang berterusan. Institut Latihan Awam (ILA) dan pengendali latihan boleh membangunkan latihan mengikut kamus kompetensi fungsian yang telah disediakan. Selain itu, kementerian/ jabatan juga boleh mengenalpasti kursus yang diperlukan oleh pegawai berdasarkan sub-bidang pengkhususan PTD mengikut keperluan. Pembangunan Kompetensi PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT 10
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Pembangunan Kompetensi Kompetensi Skim PTD telah diperjelaskan dalam Kamus Kompetensi. Kamus Kompetensi merupakan satu garis panduan yang menetapkan kemahiran, keupayaan, dan pengetahuan yang diperlukan oleh semua PTD. Kamus Kompetensi ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Kamus Kompetensi Generik Perkhidmatan Awam (Kepimpinan) dan Kamus Kompetensi Fungsian. KOMPETENSI LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT 11 KERANGKA KEPIMPINAN PERKHIDMATAN AWAM (KKPA) KOMPETENSI FUNGSIAN PTD (KKFPTD) Kerangka Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA) mengandungi senarai kemahiran dan pengetahuan mengenai kepimpinan dan pengurusan dan pengetahuan yang diperlukan oleh seluruh perkhidmatan khusus kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional (P&P) serta pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. FUNGSIAN UMUM FUNGSIAN KHUSUS Merupakan kemahiran, keupayaan dan pengetahuan umum yang diperlukan dan menjadi identiti jati diri semua Pegawai PTD. Kemahiran, keupayaan dan pengetahuan khusus serta pengalaman yang diperlukan dalam pelaksanaan tugas dalam bidang-bidang utama PTD. KEPIMPINAN FUNGSIAN
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Pembangunan Kompetensi Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA) disediakan sebagai rujukan untuk pegawai melengkapkan kompetensi masing-masing bagi memenuhi cabaran dan persekitaran yang sentiasa berubah. KKPA juga membantu pengurus sumber manusia merancang program-program pembangunan sumber manusia di Kementerian/Jabatan masing-masing. Kerangka KKPA mempunyai dimensi utama iaitu lima (5) atribut kepimpinan masa hadapan (AASET) iaitu autentik, adaptif dan tangkas, strategik, keterampilan eksekutif dan transformatif. Semua pegawai perlu memiliki tahap yang baik dalam kelima-lima atribut ini, bergantung gred jawatan yang disandang. Setiap satu daripada lima (5) atribut terbahagi kepada empat (4) elemen kepimpinan iaitu fikir (think), pimpin (lead), bicara (speak) dan bertindak (act). KERANGKA KEPIMPINAN PERKHIDMATAN AWAM (KKPA) LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT 12 AUTENTIK ADAPTIF DAN TANGKAS STRATEGIK KETERAMPILAN EKSEKUTIF TRANSFORMATIF Membina kepercayaan melalui perhubungan yang jujur, amanah, mengamalkan keterbukaan Beradaptasi dan tangkas dalam persekitaran yang mencabar Kebolehan untuk berfikir, bertindak dan mempengaruhi orang lain demi kejayaan organisasi Dilihat berketerampilan, berkeyakinan, bertahan dalam tekanan dan berani bertindak Berkeupayaan mencipta perubahan signifikan dan mendorong orang lain untuk menambah baik demi hasil yang berkualiti
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Calon pemimpin masa hadapan boleh dikenal pasti di kalangan pegawai kompeten, berprestasi tinggi dan berpotensi untuk mengisi jawatan yang lebih tinggi. Pembangunan potensi seharusnya bermula di awal kerjaya melalui pembangunan kompetensi yang berstruktur dan seterusnya penilaian membantu proses saringan untuk mengenalpasti calon pemimpin yang layak. Bagi latihan pembangunan potensi pula, Kamus Kompetensi Kepimpinan Awam (KKPA) boleh dirujuk dan jenis latihan boleh disesuaikan mengikut lapisan gred. Para peserta Leadership Assessment Programmes (LEAPs) digalakkan untuk membaca bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan kepimpinan dan meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu semasa. Peserta juga disyorkan untuk menghadiri kursus-kursus kepimpinan yang relevan anjuran agensi masing-masing, pihak swasta, atau yang ditawarkan di Institut Latihan Awam (ILA) sebagai langkah persediaan sebelum menghadiri LEAPs untuk pembangunan kerjaya pegawai. Contohnya, peserta boleh memohon kursus-kursus berkaitan kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan pemikiran strategik untuk mempertingkatkan kemahiran serta keyakinan peserta. Pembangunan dan Penilaian Potensi PERSEDIAAN PENILAIAN POTENSI LEADERSHIP ASSESSMENT PROGRAMMES (LEAPS) LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT 13 Sila imbas kod QR untuk maklumat lanjut.
Kemahiran Coaching Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Berpasukan Creative Thinking Tools Analisis data Kemahiran Menterjemah Visi Kemahiran Penyelesaian Masalah (Advanced) Kemahiran Coaching (Advanced) Komunikasi Strategik Kemahiran kepimpinan merupakan salah satu kompetensi utama di kalangan pegawai PTD kerana peranan skim ini merentasi kementerian/ agensi dan terlibat dalam penggubalan dasar negara. Kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran asas, pertengahan dan lanjutan yang perlu dikuasai oleh pegawai mengikut lapisan gred masing-masing. Gred M9 Gred M10 Gred M12 Gred M13 Gred M14 Pengurusan Diri Kemahiran Merancang Pengurusan Masa Kemahiran Penyelesaian Masalah Komunikasi Efektif Kemahiran Delegasi Memotivasikan Orang Lain Kemahiran Memberi Maklumbalas (feedback) Kemahiran Mentoring Pembentangan Kertas Kerja/ Penyelidikan Pengurusan Bajet Decision Making Tools PRA- PERKHIDMATAN Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam Akademik Integrasi Nasional dan Pengurusan Diri Kemahiran Kepimpinan dan Interpersonal KEMAHIRAN KEPIMPINAN Kompetensi Pegawai PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT 14
Kompetensi Pegawai P R A P E R K H I D M A T A N Pembangunan kepimpinan pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) bermula apabila pegawai yang berpotensi dilantik ke dalam skim perkhidmatan ini mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai Pegawai Kadet PTD. Modul DPA mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu komponen Akademik, komponen Integrasi Nasional dan Pengukuhan Diri dan Kemahiran Kepimpinan dan Interpersonal. Setiap pegawai wajib lulus semua modul ini untuk dilantik ke Perkhidmatan Awam. Pentadbiran Kerajaan dan Pengurusan Dasar Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Kewangan Awam Metodologi Penyelidikan Kepimpinan dan Pengurusan Strategik English Proficiency for Public Sector Executives Hal Ehwal Antarabangsa dan Keselamatan Pengurusan Ekonomi Awam Pengurusan Sosial dan Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi Strategic Internship Program Outward Bound Malaysia Orientasi Pertahanan Negara Pengurusan Ketenteraman Awam Bomba dan Penyelamat Patriotisme dan Negara Bangsa Pengurusan Kreativiti dan Inovasi Pembangunan Profesional PTD Pengurusan Majlis AKADEMIK INTEGRASI NASIONAL DAN PENGUKUHAN DIRI KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN INTERPERSONAL MODUL DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) INTAN PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT 15
BERPRINSIP TEGUH DAN BERMARUAH MODEL KOMPETENSI PEGAWAI GRED JUSA PEMIKIRAN STRATEGIK DAN BERSTRUKTUR PERANCANGAN SENARIO POLITICAL SAVVY MENTERJEMAH VISI & MISI PENJENAMAAN IMEJ TEAM LEADERSHIP KOMUNIKASI JELAS DAN EFEKTIF Berfikir, menimbang, meneliti secara sistematik isu dan masalah secara kritikal sebelum membuat keputusan. Mempunyai perspektif tentang masa depan, mengambil kira risiko, kesan dan akibat perubahan dasar negara kepada ekosistem dan rakyat. Mempunyai ciri-ciri diplomasi tinggi dan kecerdasan politik yang kekal neutral bila berdepan dengan puncak kepimpinan negara. Mampu berkomunikasi secara jelas, bersemangat, mempunyai kebijaksanaan (wisdom) dan meraikan pandangan sekeliling di samping mencetus inspirasi kepada orang lain. Berpandangan jauh, mampu terjemah visi and misi serta memastikan ahli pasukan mahu mendokong mencapai ekspektasi yang diharapkan. Berpersonaliti menarik, mempunyai gaya kepimpinan unggul dan mampu meletakkan posisi jabatan untuk lebih dihormati dan disegani. Memperkasakan pasukan melalui tugasan, mempamer kesungguhan dan keikhlasan hati, mendahului dengan tindakan cepat, tangkas dalam urusan pengurusan / pentadbiran. Berperibadi sederhana namun mempunyai prinsip yang tegas, bertindak sebagai fasilitator dan perunding dalam penyelesaian masalah. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN BAKAT 16
BAB 3: TANGGUNGJAWAB PEGAWAI Bab ini menerangkan pengetahuan asas bagi pegawai PTD, ekspektasi kepimpinan, prospek kerjaya dan pembangunan profesional yang perlu diketahui. Seterusnya, pembangunan kerjaya bukan sekadar tanggungjawab di bawah Ketua Perkhidmatan dan Ketua Jabatan, malahan pegawai sendiri boleh merancang mengikut minat dan kecenderungan mereka. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD
Setiap pegawai bertanggungjawab menguruskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya masing-masing. Ini termasuk memahami akta / dasar, peraturan yang berkuatkuasa. Berikut adalah antara pengetahuan am yang perlu diketahui dan senarai ini tidak terhad kepada perkara-perkara ini sahaja. NILAI-NILAI AGENDA NEGARA Agenda Kerajaan Dasar-Dasar Awam Rancangan Malaysia (RMK) Agenda Global AKTA/DASAR Perintah Am P.U (A) 395 Pekeliling Perkhidmatan Pekeliling Lain Mengikut Skop Kerja KOMPETENSI PTD Kepimpinan Fungsian 8 Bidang PTD Kemajuan Kerjaya PERANAN JAWATAN MyPortfolio MyPerformance Kompetensi Jawatan PERANAN KEMENTERIAN/ AGENSI Misi/ Visi Pelan Strategik Kementerian Kumpulan Sasar Nilai MADANI Nilai M.A.L.A.Y.S.I.A Nilai HEMAT PENGETAHUAN AM PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 17
PENEMPATAN PTD Mobiliti pegawai adalah unik kerana skim perkhidmatan ini merupakan di bawah perkhidmatan gunasama. Pegawai boleh ditempatkan di Kementerian/ Agensi /Negeri atau Daerah dan mengisi jawatan berdasarkan kekosongan. Pelbagai Kementerian Contoh: Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kerja Raya Agensi Pusat Contoh: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perkhidmatan Awam Pejabat Perwakilan Malaysia (MALAWAKIL) / Kedutaan / Luar Negara PERSEKUTUAN NEGERI Pejabat SUK Negeri Contoh: SUK Selangor, Melaka, PP, N.S, Pahang, Perak, Perlis Pejabat Kementerian/ Jabatan di Negeri Contoh: KPDNSH Negeri, Jabatan Pendidikan, Jabatan Imigresen Malaysia Pejabat Agensi Pusat di Negeri Contoh: Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pejabat Setiausaha Persekutuan di Sabah/ Sarawak Pejabat Tanah dan Daerah Jabatan-jabatan tertentu di peringkat Daerah DAERAH PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 18
PERBEZAAN JURANG KOMPETENSI KOMPETENSI Pegawai PTD mempunyai 8 bidang pengkhususan yang memberi peluang untuk membina laluan kerjaya yang menarik dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam penggubalan dasar kerajaan. Namun begitu, pegawai tidak terhad kepada penguasaan satu bidang semata-mata. Malahan, pegawai digalakkan mempelbagaikan cabang bidang pengkhususan sebagai satu langkah mobiliti pegawai bagi tujuan penempatan di kementerian, negeri atau daerah. Oleh yang demikian, jurang kompetensi seringkali berlaku khususnya apabila pegawai ditempatkan di jawatan baharu. Bagi menangani masalah ini, pengurus sumber manusia dan pegawai perlu memahami apa yang boleh dilaksanakan. PENGURUS SUMBER MANUSIA Melaksanakan analisis keperluan latihan (Training Needs Analysis). Menyenaraikan jurang kompetensi pegawai. Membuat perancangan latihan tahunan melalui Pelan Operasi Latihan mengikut peruntukan latihan yang dipersetujui. INDIVIDU Membuat analisis jurang (gap analysis) berdasarkan portfolio pegawai. Menyediakan sasaran dan berbincang dengan penyelia/ ketua jabatan. Menghadiri latihan, pembelajaran kendiri atau kaedah lain yang bersesuaian. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 19
EKSPEKTASI KEPIMPINAN PTD tergolong di dalam kategori Pengurusan dan Profesional (P&P). Penentuan tugas utama PTD adalah berdasarkan: Bentuk dan kompleksiti tugas. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Hubungan kerja. PTD juga mempunyai prospek kerjaya yang luas untuk memimpin jawatan strategik perkhidmatan awam dalam kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) yang merupakan pencapaian kerjaya tertinggi bagi pegawai yang benar-benar layak. Pendedahan kepimpinan telah bermula sejak lantikan dan ekspektasi kepimpinan ini dibahagikan kepada kepimpinan individu, pasukan dan organisasi. Sebagai pemimpin, anda sudah mahir memimpin banyak pasukan dan perlu memberi hala tuju organisasi. Anda perlu lebih mendalami aspek tata kelola, akauntabiliti, etika dan memimpin secara strategik melibatkan sistem dan ekosistem yang pelbagai. MEMIMPIN ORGANISASI Anda perlu mengetuai pasukan. Anda bukan sahaja perlu mengurus sumber dan menyelaras projek dengan baik, tetapi memastikan pasukan anda dapat melaksanakan tugas dengan sumber tersedia dengan baik dan teratur. Kemahiran pengurusan pasukan perlu dikuasai. MEMIMPIN PASUKAN Kepimpinan bermula dari keupayaan diri anda untuk menyedari potensi diri, impak tugas anda serta kebolehan untuk mengurus diri dan tingkah laku untuk beradaptasi dengan orang lain dan persekitaran. MEMIMPIN DIRI SENDIRI PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 20
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME Pegawai perlu melihat perjalanan sepanjang kerjaya secara keseluruhan sebagai pembangunan profesionalisme masing-masing. Pendedahan tentang pengurusan dan kepimpinan yang luas akan mempersiapkan pegawai ke peranan yang lebih signifikan. Selain itu pembangunan ini juga perlu selari dengan penilaian potensi. (Leadership Assessment Programmes- LEAPs) Program Penilaian Kepimpinan Sektor Awam JLEAP ELEAP MLEAP ALEAP PEMBANGUNAN PTD PENILAIAN POTENSI PENDIDIKAN/IJAZAH LANJUTAN/ PENTAULIAHAN PEMBANGUNAN EKSEKUTIF & PENDEDAHAN LUAR HLP/Pentauliahan/ Coaching Sangkutan, PCF, Peminjaman, Kursus Impak Tinggi PENGUKUHAN KOMPETENSI & PENGETAHUAN TEKNIKAL Pusingan Kerja, Projek Khas, Mentoring PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 21
SENARAI KOMPETENSI MENGIKUT GRED PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD
AKADEMIK KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN INTERPERSONAL PEMBANGUNAN KOMPETENSI PENGUKUHAN DIRI DAN INTEGRASI NASIONAL GRED M9 DIPLOMA PENGURUSAN AWAM (PRA-PERKHIDMATAN) Pembangunan kompetensi perlu lebih ditekankan di kalangan pegawai muda. Namun begitu, keupayaan kepimpinan khususnya bagi memimpin diri sendiri sangat penting. Pegawai perlu menyedari potensi diri, mempunyai keupayaan untuk mengurus diri dan menyesuaikan diri dengan tugas dan persekitaran. KEMAHIRAN ASAS Pengurusan Organisasi Kemahiran Kepimpinan Asas Kemahiran Digital dan Teknologi Penyeliaan Berkesan Komunikasi Berkesan KOMPETENSI FUNGSIAN Pengetahuan dan kemahiran yang cekap mengenai Khidmat Nasihat dan Perundingan, Literasi Digital, Kemahiran Bahasa dan Penulisan Dokumen Rasmi. FUNGSIAN UMUM FUNGSIAN KHUSUS PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 22 Pengurusan Masa Penguasaan Bahasa Inggeris Set Minda Positif Pengurusan Stres dan Konflik Mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang lengkap di penempatan semasa dan mampu melaksanakan tugasan rutin dengan pemantauan yang minimum.
PEMBANGUNAN KOMPETENSI KEMAHIRAN ASAS Selepas mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas mengenai bidang pengkhususan, pegawai boleh mengembangkan potensi masing-masing. Ini boleh dilakukan dengan menghadiri latihan mengenai pengurusan dan kepimpinan. Latihan ini boleh dijadikan persiapan untuk menghadiri LEAPs dan juga transisi kepada peranan yang lebih besar sebagai ketua unit/ sektor di gred seterusnya. PEMBANGUNAN KEPIMPINAN Growth Mindset Penyeliaan Berkesan Komunikasi Berkesan Kemahiran Kepimpinan Asas Penguasaan Kemahiran Digital dan Teknologi KOMPETENSI KEPIMPINAN KOMPETENSI FUNGSIAN Pengetahuan dan kemahiran yang sangat cekap mengenai Khidmat Nasihat dan Perundingan, Literasi Digital, Kemahiran Bahasa dan Penulisan Dokumen Rasmi. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang lengkap di penempatan semasa dan mampu melaksanakan tugasan rutin dengan pemantauan yang minimum. FUNGSIAN UMUM FUNGSIAN KHUSUS PEMANTAPAN KERJAYA Bagi memantapkan kerjaya, sekiranya layak, pegawai boleh memohon programprogram berikut: Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Program Sangkutan Kursus Berimpak Tinggi Program Cross Fertilisation (PCF) Peminjaman/ Pertukaran sementara Penajaan latihan dan biasiswa negara/ yayasan/ badan asing/ antarabangsa PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 23 Penguasaan Bahasa Inggeris Pengetahuan Statistik dan Data Metodologi Penyelidikan Pemikiran Kreatif Thinking Tools GRED M10
GRED M12/13 PEMBANGUNAN KOMPETENSI Pembangunan kompetensi dan potensi adalah sangat kritikal di pengurusan pertengahan. Ini kerana pegawai sudah perlu memimpin pasukan, menyelaras projek dan merancang serta mengurus sumber yang disediakan. Kemahiran pengurusan pasukan dan keupayaan kepimpinan perlu dimantapkan agar pegawai lebih bersedia untuk bekerja dengan pihak pengurusan tertinggi dan pegawai kanan Kementerian/ Jabatan. KOMPETENSI KEPIMPINAN KOMPETENSI FUNGSIAN Pengetahuan dan kemahiran yang pakar mengenai Khidmat Nasihat dan Perundingan, Literasi Digital, Kemahiran Bahasa dan Penulisan Dokumen Rasmi. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang sangat tinggi dalam pelbagai situasi dan berupaya membimbing dan menyelia prestasi pegawai bawahannya. Berpengetahuan dalam sekurang-kurangnya 2 bidang pengkhususan PTD. FUNGSIAN UMUM FUNGSIAN KHUSUS PEMANTAPAN KERJAYA Bagi memantapkan kerjaya, sekiranya layak, pegawai boleh memohon programprogram berikut: Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Program Sangkutan/ Kursus Berimpak Tinggi Sijil Ikhtisas/ Akreditasi yang bersesuaian (sekiranya lebih 5 tahun) Program Cross Fertilisation (PCF) Peminjaman ke swasta (berdasarkan keperluan) Penajaan latihan dan biasiswa negara/ yayasan/ badan asing/ antarabangsa PEMBANGUNAN KEPIMPINAN & POTENSI DIRI Pengurusan Pasukan Pengurusan Media Pengurusan Projek Khas/ Adhoc Kemahiran Perundingan Kemahiran Kepimpinan (Pertengahan) Strategi Komunikasi Management Tools Penguasaaan Kemahiran Digital dan Teknologi Analisis Data Metodologi Penyelidikan Coaching Menjadi Mentor PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 24
PEMBANGUNAN KOMPETENSI Di peringkat ini, penguasaan kompetensi kepimpinan lebih penting dari kompetensi fungsian. Pegawai dianggap telah menguasai kompetensi fungsian berdasarkan pengalaman penempatan dan pusingan kerja. Pegawai mesti bersedia memimpin organisasi dan mengurus sumber dengan cekap dan berkesan. KOMPETENSI KEPIMPINAN KOMPETENSI FUNGSIAN Menjadi mentor/ coach bagi pegawai muda dalam Khidmat Nasihat dan Perundingan, Literasi Digital, Kemahiran Bahasa dan Penulisan Dokumen Rasmi. Mempunyai kepakaran dari sudut kompetensi dan mampu membimbing dan mengurus prestasi dan pembangunan pegawai yang diselia serta mengurus pihak-pihak berkepentingan. Berpengetahuan dalam sekurangkurangnya 2 bidang pengkhususan PTD. FUNGSIAN UMUM FUNGSIAN KHUSUS PEMANTAPAN KERJAYA Bagi memantapkan kerjaya, sekiranya layak, pegawai boleh memohon programprogram berikut: Kursus Kepimpinan Eksekutif Sijil Ikhtisas/ Akreditasi yang bersesuaian Peminjaman ke swasta (atas kepentingan perkhidmatan) Sebagai langkah on-the-job training, latihan juga boleh berbentuk: Memimpin pasukan di dalam tugasan/ projek Membentangkan kertas kerja di persidangan/ forum PEMBANGUNAN KEPIMPINAN & POTENSI DIRI Perancangan Strategik Kemahiran Perundingan Kemahiran Pengurusan Perubahan Kemahiran Digital dan Teknologi Strategi Penyampaian Perkhidmatan Strategi Media dan Komunikasi Awam Strategic Networking Decision Making Tools Berperanan sebagai Mentor/ Coach/ Fasilitator Analisis Data PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 25 GRED M14
BAB 4: PELUANG PEMBANGUNAN PROFESIONAL Bab ini menerangkan tentang peluang pembangunan profesional pegawai apabila dilantik ke perkhidmatan awam. Setiap pegawai digalakkan untuk sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas untuk meningkatkan peluang menyandang portfolio tugas yang terbaik dan berpotensi tinggi. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD
CADANGAN KURSUS Pegawai disyorkan untuk mengikuti kursus-kursus yang bersesuaian dengan keperluan, sama ada anjuran sektor awam atau swasta. Sebagai contoh, berikut merupakan antara kursus yang ditawarkan di INTAN yang boleh dihadiri oleh pegawai. Permohonan kursus boleh dibuat melalui portal DTIMS: https://www.dtims.intan.my. Kursus Kepimpinan (TLOM 1.0) Kursus Penyeliaan Berkesan Kursus Penyampaian Berkesan Pengurusan Stres dan Konflik Language Programme (Speaking and Writing) Pengurusan Majlis Kursus Pengurusan Sikap Penulisan Berkesan Etika dan Integriti Management Tools Asas Coaching dan Mentoring GRED M9/ GRED M10 Program Pengurusan Kursus Futures Thinking and Scenario Planning Kursus Kepimpinan (TLOM 2.0) Management Tools Kursus Penyeliaan Berkesan Pengurusan Perubahan Profesional Etiquette Kursus Public Speaking Kursus Komunikasi Berkesan Kursus Coaching dan Mentoring (Pertengahan) Crisis Management GRED M12/ GRED M13 Kursus Inovasi (Design Thinking) Kursus Pemahaman Dasar dan Polisi berkaitan bidang Kursus Metodologi dan Kuantitatif Talent Management Pengurusan Projek Penulisan Berimpak Tinggi Konsultasi Rundingan Risk Management Pengurusan Sumber Manusia Kursus Futures Thinking and Scenario Planning Coaching for Leaders Strategic Stakeholder Engagement Program Management Tools Risk Management Pengurusan Perubahan Kursus Pelan Penggantian Kursus Kepimpinan dan Motivasi Program Kepimpinan Eksekutif Talent Management Public Sector Project Management (CPAB) Masterclass in Public Policy Making GRED M14 PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 26
PEMBELAJARAN KENDIRI Pegawai boleh mempelbagaikan kaedah pembelajaran dengan menggunakan pelbagai platform pembelajaran seperti yang tersedia di internet, media sosial, buku-buku kepimpinan dan pengurusan tempatan dan antarabangsa. Platform Coursera.org menawarkan pelbagai kursus secara percuma dan berbayar yang sesuai dengan golongan profesional. Kandungan modul adalah terkini, relevan dan boleh disesuaikan dengan jadual kerja masing-masing. Platform Linkedin Learning juga menawarkan pelbagai kursus yang boleh disesuaikan dengan keperluan individu. Platform ini boleh dilanggan oleh individu dan organisasi secara yuran bulanan. Selain itu, E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) adalah sebuah inisiatif Kerajaan Malaysia yang dikendalikan oleh INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara). EPSA menyediakan platform pembelajaran dalam talian untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan awam. Tujuan utama EPSA adalah untuk memastikan bahawa kakitangan awam dapat terus berkembang dalam karier mereka melalui pembelajaran yang fleksibel dan mudah diakses. COURSERA LINKEDIN LEARNING EPSA Sila layari www.coursera.org, www.learning.linkedin.com & www.epsa.gov.my untuk maklumat lanjut. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 27
MICRO-CREDENTIALS/ AKREDITASI Micro-credentials adalah kursus yang bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dan kompetensi spesifik bagi bidang tertentu. Penerapan amalan latihan sebegini menyokong kaedah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Oleh itu, pegawai amat digalakkan untuk meneroka peluang berdasarkan kecenderungan masing-masing. Kursus yang ditawarkan lazimnya diakses menerusi platform portal pembelajaran dalam talian. MICRO-CREDENTIALS AKREDITASI Massive Open Online Courses (MOOCs) Continuing Professional Development (CPD) point Malaysia Board of Technologists Society for Human Resource Management International Coaching Federation Malaysian Qualifications Agency PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 28
Selain itu, kementerian dan agensi juga boleh menganjurkan kursus dengan kerjasama rakan strategik masing-masing bagi tujuan pembangunan pegawai. KURSUS PEMBANGUNAN EKSEKUTIF Kursus berimpak tinggi akan ditawarkan kepada pegawai berprestasi tinggi dan pegawai berpotensi ke jawatan strategik sebagai persediaan untuk memperkukuh strategi pengurusan. Ia dikendalikan oleh institusi dan pusat latihan bertaraf dunia yang dilatih oleh pakar-pakar pengurusan di samping dapat meningkatkan rangkaian pegawai-pegawai terpilih. ADVANCED LEADERSHIP PROGRAM Program pengukuhan kompetensi bagi pegawai JUSA A, B dan C yang memfokuskan dua bidang utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan. Kursus ini dilaksanakan di dalam dan luar negara. PROGRAM SANGKUTAN Program sangkutan pegawai kerajaan ke Syarikat Swasta/ Agensi Kerajaan di luar negara. Japan Company Attachment Program (JCAP) British Company Attachment Program (BMCC) Korean Government Attachment Program (KGAP) KURSUS PENDEK JICA Kursus bagi pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 ke atas di bawah tajaan Japan International Cooperation Agency (JICA) yang bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pelbagai bidang seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan alam sekitar dan teknologi maklumat. Kursus ini dijalankan di negara Jepun. LEAD4FUTURE Kursus yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 hingga Gred 15 supaya dapat menjalankan tugas di peringkat yang lebih tinggi yang memfokuskan bidang kepimpinan, strategi, gelagat organisasi dan pengurusan perubahan. Kursus ini dilaksanakan di dalam dan luar negara. PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF Kursus ini bertujuan untuk menyediakan latihan kepimpinan dan pembangunan sumber manusia kepada pegawai kerajaan Malaysia dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berada dalam Gred 9 - Gred 10 (Junior)/ Gred 12 - Gred 14 (Senior). Peserta akan diberikan pendedahan tentang falsafah dan nilai-nilai positif yang dimiliki oleh bangsa Korea serta mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara. Sila layari www.bmipenajaan.jpa.gov.my untuk maklumat lanjut. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 29
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Pengurusan Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Pengurusan Kewangan Kerajaan Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri Perumahan, Perbandaran, Kerajaan Tempatan dan Pentadbiran Tanah Ekonomi Keselamatan dan Pertahanan Pembangunan Sosial dan Masyarakat Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Pengkhususan/ Niche kepada bidang PTD dengan menggunakan metodologi penyelidikan yang lebih kompleks serta mengkaji isu perkhidmatan awam secara ilmiah. IJAZAH LANJUTAN Pegawai PTD boleh memohon untuk mengikuti program ijazah lanjutan (sarjana dan kedoktoran) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan program tajaan biasiswa bagi pegawai awam untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam dan universiti terkemuka di dunia. SARJANA KEDOKTORAN Bidang kajian adalah bergantung kepada keperluan perjawatan PTD dan berbezabeza mengikut hala tuju pembangunan negara. Pegawai disarankan menyemak laman web rasmi JPA apabila penawaran dibuka. 30
GLOSARI AASET ASK ALEAP ALMP DLSA DPA DPSA ELEAP INTAN ILA JLEAP JUSA JPA JPM MLEAP KKF KKFPTD KKPA KPPA KSN KSU KP KJ LC LEAP LNPT P&P PTD TLSA RMKe-12 JUSA VUCA Autentik, Adaptif, Strategik, Keterampilan Eksekutif, Transformatif Attitude, Skill, Knowledge Advanced Leadership Assessment Programme Advanced Leadership and Management Programme Dasar Latihan Sektor Awam Diploma Pengurusan Awam Dasar Pembangunan Sumber Manusia Executive Leadership Assessment Programme Institut Tadbiran Awam Negara Institut Latihan Awam Junior Leadership Assessment Programme Jawatan Utama Sektor Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri Middle Leadership Assessment Programme Kamus Kompetensi Fungsian Kamus Kompetensi Fungsian Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ketua Setiausaha Negara Ketua Setiausaha Kementerian Ketua Perkhidmatan Ketua Jabatan Leadership Capability Leadership Executive Assessment Programme Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Think, Lead, Speak, Act Rancangan Malaysia kedua belas Jawatan Utama Sektor Awam Volatile, Uncertain, Complex, Ambiguous PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 31
RUJUKAN PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Panduan Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Panduan Pengurusan Prestasi Kumpulan P&P serta Pelaksana (MyPerformance) RUJUKAN/PEKELILING BERKAITAN Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 32
MODEL PEMBANGUNAN PTD (TERDAHULU) 1990-AN - 2010 Kronologi Training Roadmap Kategori Prestasi Pegawai Pembangunan Kerjaya PTD Faktor Penentu Landasan Kerjaya Program Pembangunan PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 33
MODEL PEMBANGUNAN PTD (TERDAHULU) 1990-AN - 2010 Kronologi Training Roadmap PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Mesyuarat Khas KSN/ KSU Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia PTD diluluskan. 1999 Mesyuarat Khas KSN/ KSU Model Landasan Kerjaya PTD perlu dibangunkan. 2007 Pembatalan Prospek 2008 Pelan Komprehensif Pembangunan Perkhidmatan PTD Pelan Landasan Kerjaya Perkhidmatan PTD diperkenalkan. 2010 Mesyuarat Khas KSN/ KSU Garis Panduan Jawatankuasa Kluster PTD 2019 Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2019 - LEAPs diperkenalkan & dijadikan syarat pemangkuan bagi PTD Pemansuhan PTK & SBPA Penangguhan DPSM 2023 Pelan Pembangunan PTD Gerak kerja dimulakan 34
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 1990-AN - 2010 Kategori Prestasi Pegawai Berpotensi tinggi Sentiasa menjangkaui ekspektasi Pakar/ Khusus Memiliki kepakaran bidang tertentu Kompeten Kerapkali memenuhi ekspektasi Berprestasi rendah Sentiasa di bawah ekspektasi *Telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Landasan Kerjaya PTD pada tahun 2008. MODEL PEMBANGUNAN PTD (TERDAHULU) 35
Pembangunan Kerjaya PTD 1990-AN - 2010 Globalisasi dan Persaingan Antarabangsa K-ekonomi Teknologi ICT Good Governance Sektor Ketiga Ekspektasi penyampaian Sistem Saraan Malaysia SENARIO MASA HADAPAN VS SEMASA Ekspektasi Stakeholder Peningkatan Pelanggan Identiti dan Relevansi PTD Persaingan Skim Lain Perkembangan Bidang Pengkhususan Pembangunan Sosial Hala tuju, peranan, bidang teras Pembangunan Kepimpinan Imej, moral, esprit de corp Penentuan kecekapan, kompetensi dan profesionalisme Struktur perjawatan optima (Bilangan jawatan dan gred) Strategi dan program pembangunan Keupayaan memberi perkhidmatan terbaik mengikut bidang teras Penelitian struktur perjawatan Lantikan Penempatan Kemajuan kerjaya Kepimpinan Pengurusan Prestasi Kesejahteraan Keluar perkhidmatan PTD PROFESIONAL PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD MODEL PEMBANGUNAN PTD (TERDAHULU) 36
Faktor Penentu Landasan Kerjaya 1990-AN - 2010 Maklumat Pegawai Keluarga/ umur Kelayakan akademik Pengalaman Tahun Lantikan Kategori Pegawai Berpotensi Tinggi Pakar/ khusus Kompeten Berprestasi Rendah Aspirasi Pegawai Cita-cita Minat Keperluan Organisasi Bidang pengkhususan Kekosongan Perakuan Ketua Jabatan Proses ini dilakukan oleh Search Committee (Ketua Jabatan) dan dilaporkan kepada JK Induk Landasan Kerjaya (Ketua Perkhidmatan) Kompetensi Kepakaran Sumbangan Perancangan Penggantian Kedudukan pegawai Kepakaran Potensi/ umur Pengkhususan Pegawai Pengalaman dan Kepakaran Ujian Psikologi Tahap kecenderungan Profiling Penilaian Potensi Keupayaan kepimpinan PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD MODEL PEMBANGUNAN PTD (TERDAHULU) 37
1990-AN - 2010 Kategori Program Pembangunan Keperluan Organisasi Pusingan Kerja Pinjaman Tukar Sementara Latihan PhD/ Sarjana Kursus jangka pendek Bimbingan Kerjaya Kaunseling Mentoring Pendedahan Sangkutan JK Induk Landasan Kerjaya (Ketua Perkhidmatan) menilai pembangunan yang telah dipenuhi oleh pegawai PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD MODEL PEMBANGUNAN PTD (TERDAHULU) 38
PASUKAN PROJEK Penasihat: YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim YBhg. Dato’ Badurunhisam bin Mohd Nor Penyunting Utama: Haslinda Mohammad Tajudin Mohamed Faizal bin Buang Pengarang: YBrs. Dr. Hal Mahera binti Ahmad Penyunting: Jamila Khayrin binti Baharum Mohamad Ezat Haqim bin Abdul Karim Siti Nasyreen binti Zaharin Ahli Pasukan Projek: Abdul Majid bin Mat Aida Maizura binti Mazlan Yusri bin Razalli@Ghazali Alifatul Kamilah binti Abdul Manan Masni Afiza binti Mohamed Noor Azezee bin Mohd Nasir Norhartaty binti Rahmat Nur Iskandar bin Nur Dzainuddin YBrs. Dr. Inas binti Zulkipli Zulkefley bin Mohd Sabri Ahmad Asmawi bin Abdul Samat Anis Syairah binti Subki Mohamad Nazmi binti Ismail Nurmahizan binti Mokhtar@Mohamed Rafidah binti Ramli Raja Adnan bin Raja Ibrahim Rozaimi bin A. Samad Yuslina binti Kamarudin Zaidatul Akhmar binti Kamarudzaman Anis binti Mohd Mokhtar Fatin Amirah binti Abdul Aziz Hazwaani binti Abdul Halim Muhammad Amiruddin bin Sulaiman Muhammad Ikhwan bin Tamat Nazaitulsyima binti Mohamad Zaki Sham Azura binti Ahmad Siti Sarah Ainur binti Hadie@Haji Abdul Razak bin Abd. Halim Ahmad Zabidi bin Abdul Wahid Nasrul Hakim bin Ghazali Nor Amalina binti Zulkifli Nur Taqiyyah binti Mohamad Kamil Sara binti Othman Nur Aliah Nazurah binti Aminuddin Shah PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD 39
Ahli Jawatankuasa Kerja: Abdul Halim bin Ahmad Abdul Rahman Hamidi bin Abdul Rashid Ahmad Hisham bin Idris Arhan Syafrisyah bin Shah Anuar Azali bin Mohamed Azham bin Zainal Abidin Emmy Safina binti Salim Fazlina binti Sekman @ Abdullah Ganeshwari A/P Balakrishnan Ismawira Amin bin Ismail Kamil bin Muhammad Kathleen Mujan Nandong M Kogilavasan A/L Madavan Mastura binti Abdullah Mohamad Nawwar Faiq bin Mohamad Noh Mohd Alwi bin Mohd Mustafa Mohd Najib bin Abidin Muhammad Rudy Khairudin bin Mohd Nor Muhammad Zuhaili bin Rosli Murali A/L Rajaram Muznita binti Mahmood PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL PTD Najibah binti Mohamad Nor Noorziehan binti Sidin Noorzilawati binti Ramli Nor Azlina binti Mohd Zakaria Nor Azman bin Taib Nor Azrin Azrul bin Azizi Nor Fadila binti M. Sapuan Nora Azlinda binti Jaapar Noryusran bin Sairan Nur Ilyana binti Noordin Nur Ilyani binti Mat Yusof Nur Saffawati binti Ismail Nur Shamilah binti Sahul Hamid Nurul Hashikin binti Abd Rahman Ragu A/L Rajoo M Rethinam Rozaidatul Rahizah binti Azman Sazailina binti Mohamad Salleh Siti Raihana binti Mohamad Fadzil Syarah Zalieka binti Eallie Wan Nadirah binti Wan Yaheya YM Tengku Nurlina binti Tengku Shah Buddin 40 JAWATANKUASA KERJA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI Disediakan oleh: Special Unit for High Potential and Subject Matter Expert (SUPREME) Bahagian Perkhidmatan Aras 4, Blok C3, Jabatan Perkhidmatan Awam 62510 Putrajaya *Kandungan pelan ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
docs.jpa.gov.myRkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy