Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

4 YBhg. Datuk Seri KSN turut memaklumkan banyak pembaharuan telah dan sedang dilaksanakan dengan matlamat untuk memastikan pengurusan sumber manusia yang cekap dan optimum. Antara inisiatif baharu yang diperkenalkan ialah MyPortfolio dan MyPerformance bagi mengukur prestasi dan kompetensi pegawai, pelaksanaan waktu kerja fleksibel sejajar dengan keseimbangan kerja dan kehidupan serta penambahbaikan Gantian Cuti Rehat (GCR). Kerajaan turut memperkenalkan Transformasi Perkhidmatan Awam melalui Rasionalisasi Perkhidmatan Awam. Sementara itu, bagi memperkasa integriti dan tadbir urus yang baik, Kerajaan memperkenalkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. YBhg. Datuk Seri KSN turut mengingatkan para pegawai awam agar sentiasa menambahbaik dan terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat selari dengan moto perkhidmatan awam iaitu ‘Saya Yang Menjalankan Amanah’. Seterusnya YBhg. Datuk Seri KSN mempersilakan YAB Perdana Menteri naik ke pentas untuk menyampaikan amanat kepada pegawai awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy