Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

2 perkhidmatan yang profesional, terbaik dan berkesan kepada rakyat. Motivasi di sebalik program ini juga dapat memupuk semangat patriotisme, taat setia dan berkecuali ( loyal and neutral ) dalam memainkan peranan sebagai pengantara Kerajaan dan rakyat, ini dapat dijayakan melalui pembentukan sikap bertanggungjawab sebagai bakal pemimpin yang mempunyai political acumen iaitu objektif, berani, tepat dan cepat bertindak dalam membuat keputusan. Akhir sekali, program ini dapat memberi ruang yang lebih dekat bagi pegawai kerajaan yang menjadi nadi dan tulang belakang perkhidmatan awam untuk bertemu dan berdialog serta menyampaikan cadangan bagi memantapkan perkhidmatan awam kepada YAB Perdana Menteri. PENYERTAAN Program yang berlangsung pada 30 April 2019 (Selasa) di Puspanitapuri, Dewan Seri Endon, Putrajaya. adalah dikhususkan kepada pegawai dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam Gred 52 hingga JUSA C. Tema majlis yang telah ditetapkan ialah ‘Perkhidmatan Awam Berintegriti Aspirasi Negara’. Seramai 1,006 pegawai dari pelbagai kementerian dan kerajaan negeri menghadiri program ini. Program ini mengandungi dua (2) sesi utama iaitu sesi perjumpaan pegawai Kerajaan bersama- sama YAB Perdana Menteri dan sesi perkongsian YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta sesi dialog kedua-dua tokoh diatas. .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy