Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

1 PENDAHULUAN Majlis ini merupakan satu medium interaksi YAB Perdana Menteri bersama semua Pegawai Kanan Kerajaan bagi menjelaskan dan menghayati hala tuju baharu Kerajaan dalam memastikan pelaksanaan jentera Kerajaan berada pada landasan yang sebenar berlandaskan prinsip Good Governance serta Rule of Law . Dalam pada itu, Kerajaan juga ingin melihat mutu penyampaian perkhidmatan awam kekal berada di tahap paling cemerlang. LATAR BELAKANG Semenjak akhir tahun 2018, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan beberapa siri program interaksi antara YAB Perdana Menteri bersama pegawai awam iaitu Program Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Bersama-sama YAB Perdana Menteri di Langkawi pada 23 hingga 25 November 2018 , Program Eksekutif Khas Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia pada 9 Disember 2018 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama-sama Jentera Pentadbiran Pejabat YB Menteri dan YB Timbalan Menteri di Putrajaya pada 23 Januari 2019 . Bagi memastikan YAB Perdana Menteri dapat terus bertemu dan berdialog dengan lebih ramai pegawai awam dari pelbagai gred, maka JPA telah merangka dua (2) program termasuk Majlis Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama-sama YAB Perdana Menteri bagi Gred 52 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C pada 30 April 2019 dan Majlis Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama- sama YAB Perdana Menteri bagi Gred 41 hingga Gred 48 pada 22 Ogos 2019 . Tujuan program ini ialah sebagai wadah komunikasi dua hala antara YAB Perdana Menteri dengan pegawai awam dari pelbagai gred untuk memastikan mutu penyampaian perkhidmatan awam berada di tahap yang paling cemerlang. Program ini juga dapat menyediakan platform untuk menjelaskan halatuju baharu dan matlamat Kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan awam yang berteraskan nilai, kualiti, amanah dan bebas rasuah. Ini untuk memastikan bahawa pejawat awam dapat memahami dan menghayati kehendak stakeholders agar dapat memberikan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy