Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

22 Encik Salim bin Md Osman dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah memaklumkan bahawa program-program engagement seperti Majlis perjumpaan ini perlu diteruskan untuk memastikan komunikasi dua hala antara anggota pentadbiran dan pegawai awam dapat terus ditingkatkan. Di samping itu, beliau turut berpandangan bahawa bukan semua perkara perlu dipolitikkan sehingga menjejaskan perkhidmatan. YBhg. Datuk Seri KSN menjelaskan supaya setiap pegawai awam dapat memaklumkan kepada pihak pengurusan tertinggi di kementerian/jabatan/agensi di mana mereka bertugas jika terdapat campur tangan politik dalam melaksanakan tugas. Sekiranya pegawai takut atau enggan memaklumkan, ini akan menimbulkan lebih banyak masalah dalam pentadbiran Kerajaan. Soalan terakhir sesi ini dibangkitkan oleh Encik Abdul Basit bin Abdul Latif dari Kementerian Wilayah Persekutuan, beliau memohon supaya pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bertugas di Semenanjung turut mendapat kemudahan elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kerana pada pandangan beliau tujuan pemberian elaun COLA adalah berbeza dengan pemberian elaun Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Pengarah Bahagian Saraan JPA menjelaskan bahawa semangat pemberian elaun BIW adalah sama dengan semangat pemberian elaun COLA iaitu untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan pegawai. Oleh itu, pegawai yang telah menerima elaun BIW tidak akan menerima elaun COLA dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu tiada pegawai yang layak untuk menerima kedua-dua elaun berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy