Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

21 itu, berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bangi, beliau menegaskan bahawa proses pemutihan boleh dilaksanakan dalam apa-apa keadaan tetapi bukan ditujukan khusus untuk menjatuhkan kredibiliti perkhidmatan awam. Proses pemutihan dilaksanakan supaya pentadbiran awam kekal berintegriti dan bebas dari unsur rasuah. Oleh itu, sekiranya terdapat isu integriti dan rasuah di kalangan pegawai awam, perkara ini akan disiasat sebaiknya agar perkhidmatan awam dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Namun, beliau akur bahawa kenyataan seperti ini tidak perlu diulangi sehingga menimbulkan keresahan pelbagai pihak. Soalan kedua yang dibangkitkan oleh YBrs. Dr. Hanizah binti Hamzah dari Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berkenaan pusingan kerja untuk pegawai merupakan satu usaha yang baik bagi mendedahkan pegawai dengan cabaran dan pengalaman baharu. Namun, beliau berpandangan inisiatif ini hanya sesuai untuk pegawai junior sahaja dan masih belum menemui bidang kepakarannya. Beliau berpandangan bagi pegawai senior dan telah menjadi pakar dalam sesuatu bidang, pusingan kerja tidak diperlukan dan patut dielakkan kerana akan menyebabkan urusan kerja terjejas, hilang kepakaran dan pegawai memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tugasan baharu. YBhg. Datuk Seri KSN memaklumkan bahawa urusan pertukaran pegawai dan pusingan kerja merupakan peraturan sedia ada yang dilaksanakan oleh Kerajaan supaya pegawai mendapat ilmu dan pengalaman baharu. Pendedahan dengan pelbagai persekitaran kerja sebenarnya memberi manfaat kepada pegawai terutamanya apabila mereka dinaikkan pangkat kelak. Di samping itu, pertukaran dan pusingan kerja dapat mengelakkan pegawai dari terdedah dengan perkara-perkara negatif terutamanya apabila mereka mengisi jawatan-jawatan yang sensitif. Beliau tidak menafikan pegawai yang duduk di sesuatu jawatan dalam tempoh yang lama akan menjadikan mereka lebih cekap, berpengalaman dan dapat memberi sumbangan yang positif kepada jabatan. Namun, kejayaan sesebuah jabatan bukan hanya bergantung kepada kepakaran seseorang individu semata-mata, tetapi hasil kerjasama semua pihak. Oleh itu, beliau menasihatkan para pegawai supaya akur untuk berpindah sekiranya mendapat arahan pertukaran dan mengelakkan dari menggunakan kuasa-kuasa luar bagi menghalang sesuatu pertukaran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy