Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

20 mendapat idea dari orang lain bagi menjana idea-idea baharu. Oleh itu, pegawai awam disarankan untuk terus mempertingkatkan kemahiran komunikasi termasuk ketika berurusan dengan anggota pentadbiran yang baru. Di samping itu, beliau turut menasihatkan pegawai awam dapat menguasai kemahiran mendengar dan meningkatkan amalan membaca untuk menambah ilmu. Kebajikan Penjawat Awam Terus Terpelihara Beliau turut menekankan bahawa Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pegawai awam. Oleh itu, banyak elaun dan kemudahan diperkenalkan oleh Kerajaan. Berkenaan dengan isu pengurangan kakitangan awam, beliau menjelaskan bahawa Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan penjawat awam tanpa alasan yang munasabah. Pendekatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan pada hari ini ialah untuk merasionalisasikan perkhidmatan awam supaya setiap agensi dapat memainkan peranan dengan lebih lancar, mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi. Walau bagaimanapun, beliau tidak menyangkal bahawa pengurangan jumlah pegawai awam berkemungkinan berlaku pada masa hadapan dengan memanfaatkan kemajuan teknologi dan penggunaan big data secara berleluasa sehingga menyebabkan banyak perkhidmatan boleh dilaksanakan secara dalam talian ( online ). SESI DIALOG BERSAMA YBHG. DATUK SERI KETUA SETIAUSAHA NEGARA Terdapat empat (4) soalan yang dibangkitkan semasa berlangsungnya sesi dialog bersama YBhg. Datuk Seri KSN. Soalan pertama dibangkitkan oleh Tuan Haji Ahmad Sukri bin Jusoh dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berkaitan dengan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek yang telah diluluskan sebelum PRU 14 juga disebabkan projek-projek berkenaan telah dipusatkan di peringkat Persekutuan. Beliau turut memohon penjelasan berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bangi bahawa Kerajaan akan meneruskan proses ‘pembersihan’ dalam perkhidmatan awam. YBhg. Datuk Seri KSN memaklumkan bahawa setahu beliau, tiada peraturan atau pekeliling baharu yang menyatakan semua projek yang telah diluluskan sebelum PRU 14 perlu diselaraskan di peringkat pusat. Walau bagaimanapun, beliau akan menyemak perkara tersebut. Sementara

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy