Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

19 tugas. Kita perlu belajar dan mengambil iktibar dari negara-negara maju seperti Jepun, Australia dan Korea di mana perkhidmatan awam kekal utuh dan efisyen dalam memberikan perkhidmatannya kepada rakyat walaupun Kerajaan yang memerintah kerap berubah. Beliau menasihati supaya setiap pegawai berani untuk melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan termasuklah keputusan-keputusan yang dibuat sebelum pilihanraya yang lalu. Ini disebabkan masih terdapat pegawai yang teragak-agak untuk melaksanakan keputusan, mengakibatkan berlaku kelewatan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat. Beliau juga menekankan agar melaksanakan dengan segera keputusan yang telah dipersetujui kerana dapat membuka peluang pekerjaan yang akan meningkatkan kuasa beli rakyat dan akhirnya mampu menjana ekonomi negara. Perkhidmatan Awam Yang Produktif YBhg. Datuk Seri KSN mengambil maklum berkenaan dengan isu kenaikan serta semakan gaji yang sering dibangkitkan oleh pegawai awam. Malah YAB Perdana Menteri dan anggota kabinet juga menyedari akan hal ini. Beliau menjelaskan bahawa isu gaji berkait rapat dengan produktiviti. Oleh itu, pegawai awam perlu bersegera dan produktif dalam menjalankan tugas kerana perkhidmatan awam yang produktif akan memberi kesan kepada peningkatan hasil Kerajaan. Apabila hasil Kerajaan meningkat, maka isu-isu dalam perkhidmatan awam termasuk berkaitan dengan gaji dapat ditambahbaik. Tingkatkan Kemahiran Komunikasi YBhg. Datuk Seri KSN menasihati pegawai awam supaya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Melalui komunikasi yang berkesan, idea dapat dikongsi dan disampaikan kepada orang lain dengan lebih baik. Dalam pada itu, pegawai juga boleh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy