Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

18 SESI PERKONGSIAN YBHG. DATUK SERI KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA-SAMA PEGAWAI KERAJAAN Kata-kata Aluan YBhg. Datuk Seri KSN mengucapkan salam dan selamat datang kepada hadirin ke program pagi ini. Sementara menanti kehadiran YAB PM dan masih terdapat masa yang terluang, beliau mengambil inisiatif untuk menyampaikan amanat kepada para hadirin. Ucapan aluan oleh Ketua Setiausaha Negara kepada para hadirin Ekspektasi / Pengharapan Kerajaan Baru Di awal sesi amanat, YBhg. Datuk Seri KSN menyatakan Malaysia telah diterajui oleh sebuah Kerajaan baharu hasil dari keputusan pilihanraya umum yang lalu. Oleh itu, setiap pegawai awam perlu menyesuaikan diri dengan cara kerja Kerajaan baharu. Pegawai juga hendaklah bersifat berkecuali dan impartial di samping bijak dan tidak melibatkan diri dalam politik semasa melaksanakan tugas. Namun, pada masa sama pegawai perlu mengambil tahu semua perkara yang berlaku di sekeliling mereka termasuk hal-hal yang melibatkan politik. Kita juga dikehendaki melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah serta elakkan unsur-unsur rasuah dalam pelaksanaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy