Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

16 pegawai hendaklah bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut. Namun, sekiranya arahan yang diterima secara terang-terangan menyalahi undang-undang, maka arahan tersebut tidak perlu dipatuhi. Oleh itu, pegawai dinasihatkan untuk melaksanakan arahan selagi tidak menyalahi undang-undang. Di samping itu, pegawai hendaklah sentiasa bersikap neutral , iaitu tidak memihak kepada mana- mana pihak ketika menjalankan tugas. Puan Eizan Azura binti Zainudin dari Jabatan Perkhidmatan Awam turut mengambil kesempatan untuk bertanyakan mengenai pendekatan yang sesuai untuk menangani isu penyebaran berita palsu ( fake news ) tanpa menjejaskan freedom of speech. YAB Perdana Menteri menyatakan Kerajaan terdahulu memperkenalkan undang-undang berita palsu bagi menyekat penyebaran berita tidak benar. Namun, beliau percaya kepada kewarasan rakyat yang mampu menyaring dan dapat membezakan antara berita yang benar dan yang palsu. Oleh itu, pada masa ini tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan undang-undang berita palsu. Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa freedom of speech juga mesti ada hadnya, dilaksanakan secara beradab dan tanpa menimbulkan kemarahan orang lain seperti berbicara tanpa perlu memaki hamun. Setiap individu perlu bercakap benar, isu yang dibincangkan masuk akal dan munasabah. Beliau yakin dengan kebolehan dan kewarasan individu dalam menapis sesuatu berita yang sampai kepadanya walaupun kadangkala sukar untuk menilainya. Terdapat juga pertanyaan yang berkaitan dengan pengamalan nilai-nilai integriti dan pelaksanaan semula budaya kerja yang dahulu seperti fail meja dan manual prosedur kerja dapat meningkatkan nilai-nilai murni. YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kerajaan pada suatu masa dulu ada memperkenalkan nilai-nilai murni melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Antara tiga sifat yang diperkenalkan, sifat amanah adalah yang paling penting kerana bangsa yang mempunyai sifat amanah akan sentiasa dipercayai. Sementara itu, sifat tidak amanah hanya menimbulkan banyak masalah. Beliau juga menyatakan jika kita mempunyai ketiga-tiga sifat ini, hasil kerja menjadi lebih baik dan pencapaian negara akan lebih maju berbanding negara China, Jepun dan Eropah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy