Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

15 yang mahukan status mereka dikembalikan sebagai rakan sekutu seperti termaktub di dalam MA63. Oleh itu, apabila Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, kerajaan telah membuat pindaan terhadap perlembagaan persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak. Malangnya pindaan ini gagal diluluskan di Dewan Rakyat dan antara yang tidak bersetuju termasuklah ahli parlimen dari Sarawak. Sehubungan itu, Kerajaan perlu mengkaji semula mengapa Sarawak tidak bersetuju dengan pindaan berkenaan. Mungkin terdapat tuntutan lain yang boleh dipertimbangkan sekiranya memberi manfaat kepada negara. Sesi Dialog YAB Perdana Menteri kepada pegawai awam Encik Fadlun bin Munawar dari SUK Negeri Sembilan berhasrat untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dari YAB Perdana Menteri berkenaan komitmen pegawai awam dalam melaksanakan tugas dengan tegas dan taat setia tetapi pada masa sama bersikap neutral . YAB Perdana Menteri menyatakan perkara ini tidak begitu susah. Sebelum itu, pegawai awam perlu menerima hakikat bahawa mereka perlu melaksanakan arahan dari Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Sudah pasti arahan berkenaan adalah untuk kebaikan negara dan perlu dilaksanakan dengan segera. Namun, jika pegawai merasa ragu tentang arahan yang diterima,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy