Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

14 YAB Perdana Menteri turut berkongsikan idea bagi menambahbaik dan memperbetulkan sistem pendidikan negara bagi menjawab pertanyaan YBrs. Dr. Hanizah Binti Hamzah dari Kementerian Pendidikan Malaysia. YAB Perdana Menteri menyatakan peranan guru sangat penting untuk memberi ilmu kepada murid. Oleh itu, negara memerlukan guru terbaik supaya dapat melahirkan murid yang cemerlang. Namun begitu, semua sedia maklum bahawa jumlah guru yang terbaik adalah terhad dan tidak semua murid berpeluang untuk diajar oleh guru yang terbaik. Tetapi dengan kepesatan teknologi masa kini, peluang setiap murid diajar oleh guru terbaik bukan suatu yang mustahil. Beliau memberi pandangan supaya kaedah dan cara pengajaran yang disampaikan oleh guru terbaik direkodkan dan dimainkan semula di seluruh sekolah dengan kemudahan teknologi digital. Dengan pendekatan ini, semua murid walau dimana mereka berada akan mendapat peluang sama rata untuk diajar oleh guru yang terbaik. Sementara itu, guru kelas berperanan untuk memberi panduan dan bantuan kepada murid ketika sesi pembelajaran. Pendekatan ini juga membolehkan guru kelas meningkatkan pengetahuan serta menimba pengalaman bagaimana untuk melaksanakan kaedah terbaik ketika mengajar. YAB Perdana Menteri turut menyarankan supaya sistem pendidikan turut memberi penumpuan kepada subjek-subjek lain di samping subjek pendidikan agama. Ini adalah kerana kita juga perlu untuk menguasai ilmu-ilmu lain jika ingin terus maju ke hadapan. Kegagalan untuk menguasai pelbagai ilmu akan menyebabkan kita tertinggal dan dipandang rendah oleh pihak lain. Beliau juga berpesan supaya mendidik anak murid dengan sebaiknya agar mereka menjadi seorang yang berilmu dengan pegangan moral yang tinggi. Soalan kelapan dibangkitkan oleh Encik Joanis Muda dari Jabatan Mineral & Geosains, Negeri Sembilan, beliau bertanyakan sama ada Kerajaan akan melihat semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) bagi mengembalikan semula Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dalam Persekutuan Malaysia. YAB Perdana Menteri memaklumkan apabila Malaysia dibentuk melalui Perjanjian Malaysia 1963, hasil gabungan daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, serta Singapura (ketika itu). Bagaimanapun, pindaan Perlembagaan pada 1976 menyenaraikan Sabah dan Sarawak termasuk dalam negeri Persekutuan sehingga sekarang. Perkara ini telah mendapat tentangan dari Sabah dan Sarawak

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy