Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

13 bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik demi kepentingan negara dan hendaklah bertindak mengikut budi bicara yang bersesuaian demi mencapai matlamat yang dihasratkan. Sekiranya kedua-dua belah pihak masih tidak boleh mencapai persetujuan, maka pertukaran antara salah satu pihak boleh dipertimbangkan. Puan Nurul Syahairah binti Mokhtar dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bertanyakan mengenai perancangan jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara bagi mencapai status negara maju. YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa bagi meningkatkan produktiviti, negara perlu bebas rasuah. Selain itu, setiap pegawai perlu meningkatkan keupayaan dan kemahiran melalui pembelajaran sepanjang masa. Perkara ini boleh dilakukan dengan mengamalkan sikap suka membaca untuk meningkatkan pengetahuan supaya setiap tugasan boleh dilaksanakan dengan cekap yang akhirnya produktiviti negara dapat ditingkatkan. Dalam pada itu, belajar dan memahirkan diri dengan penggunaan teknologi digital juga dapat membantu meningkatkan produktiviti. Encik Azman dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat ingin mengetahui hasrat YAB Tun terhadap barisan kepimpinan sedia ada bagi mencapai hasrat murni ke arah melahirkan negara maju pada masa akan datang. YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa setiap menteri mempunyai niat yang baik tetapi mereka turut berhadapan dengan kekangan. Oleh itu, mereka perlu belajar dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan pegawai awam supaya semua urusan dapat berjalan dengan lebih mudah. Selain itu, para menteri dan setiap pegawai awam perlu meningkatkan pengetahuan serta keupayaan untuk memantapkan urusan pentadbiran negara. Beliau turut menyatakan bahawa sudah memadai sekiranya anggota pentadbirannya mampu mencapai 50% daripada sasaran ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy