Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

12 Sehubungan itu, beliau menitipkan nasihat untuk menggunakan kelayakan akademik yang diperolehi bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik. Soalan berikutnya telah dibangkitkan oleh Encik Mohd Sukhairy bin Sutan dari Kementerian Pengangkutan, beliau menyatakan bahawa sebagai sebuah negara demokrasi, seorang pemimpin perlu mempunyai kuasa budi bicara dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran. Oleh itu, beliau bertanyakan perkara-perkara yang perlu diambilkira untuk memastikan kuasa budi bicara dapat digunakan sebaiknya dan tidak disalahguna. YAB Perdana Menteri menyatakan kejayaan melaksanakan tugas tidak hanya terletak kepada kuasa budi bicara pemimpin sahaja, tetapi melibatkan keseluruhan sistem perkhidmatan awam yang boleh berfungsi dengan baik. Jika sesebuah negara ditadbir oleh pentadbir yang tidak boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk, maka ia hanya akan merosakkan negara. Pegawai awam perlu bijak untuk membezakan arahan yang betul dan arahan yang salah supaya mereka dapat membuat keputusan yang baik kepada negara. Pegawai tidak seharusnya bertindak semata-mata kerana takut dikenakan tindakan akibat tidak mematuhi arahan tetapi apa yang lebih utama ialah arahan yang diterima untuk dilaksanakan mematuhi undang-undang. Soalan keempat yang dibangkitkan Puan Asrinayanti Mokhtar dari Kementerian Pengangkutan adalah berkenaan dengan kesediaan pegawai awam untuk menjalankan tugas dengan baik. Namun, beliau memohon pandangan YAB Perdana Menteri bagaimana sekiranya pegawai gagal mendapat sokongan, kerjasama dan kepercayaan daripada anggota pentadbiran. YAB Perdana Menteri menyatakan isu sokongan dan kerjasama boleh berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana terdapat keadaan di mana anggota pentadbiran juga tidak mendapat sokongan dari pegawai awam. Beliau juga melihat berkemungkinan terdapat masalah hubungan interpersonal di kedua-dua belah pihak. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlu sedar

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy