Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

11 SESI DIALOG BERSAMA YAB PERDANA MENTERI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Soalan pertama telah dibangkitkan oleh Encik Azizul bin Alias dari Jabatan Perkhidmatan Awam, b eliau menyatakan bahawa apabila berlakunya perubahan tampuk pemerintahan Kerajaan, sudah pasti terdapat dasar-dasar baharu diperkenalkan. Sehubungan itu, beliau bertanyakan cara-cara penjawat awam boleh meneruskan dasar-dasar sedia ada tanpa mengenepikan dasar-dasar baharu.YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa memang terdapat dasar-dasar baharu diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Namun begitu, dasar-dasar lama masih dikekalkan dan tiada larangan untuk meneruskannya sehingga ianya ditukar. YBrs. Dr. Amerjit Singh A/L S Bhag Singh dari Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia mencadangkan supaya budaya membaca di kalangan pegawai awam diperkasakan dan dipertimbangkan menjadi salah satu kriteria dalam penilaian prestasi tahunan. Beliau juga mencadangkan supaya insentif atau elaun diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD). YAB Perdana Menteri menyahut baik cadangan berkenaan dan menjelaskan sebagai seorang pegawai awam mereka seharusnya melihat proses menuntut ilmu dan membaca sebagai langkah untuk mengejar ilmu, dikongsi dan membantu memudahkan tugas dan tanggungjawab. Memang tidak dinafikan upah itu penting tapi yang lebih penting ialah kejayaan yang dicapai hasil dari usaha kita. Beliau menyatakan kepuasan bekerja ( work satisfaction ) dan upah yang diperolehi perlu diimbangi. Tidak guna jika mendapat upah yang tinggi tetapi tiada kepuasan bekerja apabila gagal untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy