Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

10 agama. Beliau mengingatkan amalan rasuah hanya mendatangkan kemudaratan kepada pentadbiran kerajaan. Oleh yang demikian, rasuah perlu ditangani dan dihapuskan agar pegawai dapat melaksanakan tugas dengan baik, efisien dan berkesan. Sebagai pegawai awam, mereka hendaklah berjanji kepada diri dan masyarakat untuk tidak terlibat dalam amalan rasuah dalam melaksanakan tugas. Namun beliau sedar usaha murni Kerajaan untuk memerangi rasuah turut mendapat tentangan dari sebilangan kecil pegawai yang pada masa lalu bebas mengamalkan rasuah. Mereka kecewa kerana gagal mendapat ‘ extra income ’ dan perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan sokongan terhadap kerajaan. YAB Perdana Menteri menyatakan Malaysia mempunyai undang-undang berkaitan pencegahan rasuah. Namun, pada pandangan beliau perkara yang lebih utama ialah keupayaan seseorang pegawai untuk mengawal diri dari mengambil rasuah walaupun tiada siapa yang mengetahuinya. Di akhir amanat, YAB Perdana Menteri menyeru kepada semua pegawai kerajaan supaya berikrar untuk tidak terlibat dengan rasuah kerana ia adalah perbuatan yang salah dan berdosa. Menurut beliau, sekiranya kita sayang kepada negara dan inginkan negara terus maju dan dihormati, maka kita semua perlu menolak rasuah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy