Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

9 (menteri/timbalan menteri) dengan pegawai kerajaan adalah sangat penting untuk kemajuan negara. Beliau turut mengingatkan para pegawai Kerajaan sekiranya ada menerima arahan daripada anggota pentadbiran dan arahan berkenaan bertentangan dengan undang-undang, maka arahan tersebut tidak perlu dipatuhi. Namun sebaliknya, jika arahan tersebut berlandaskan undang-undang, maka pegawai hendaklah mematuhinya sesuai dengan amalan demokrasi. Pegawai kerajaan harus memahami bahawa Perdana Menteri dan anggota pentadbiran tidak berhasrat untuk menjadi musuh kepada jentera Kerajaan sebaliknya ingin membawa Malaysia kembali menjadi “ The Asian Tiger ” seperti suatu ketika dahulu. Tolak Rasuah YAB Perdana Menteri mengingatkan kepada para pegawai supaya memberikan perkhidmatan dan kesetiaan kepada Kerajaan hari ini ( government of the day ). Jika tidak, tindakan tersebut hanya akan merugikan Kerajaan dan rakyat serta tidak menyumbang kepada kelancaran pentadbiran negara. Mereka juga perlu akur bahawa Kerajaan yang terbentuk adalah atas pilihan rakyat. Oleh itu, pegawai awam perlu bersifat neutral dan menanamkan semangat berkhidmat kerana negara bukan kerana parti atau individu tertentu. Pegawai juga perlu melaksanakan arahan yang ditetapkan selagi tidak melanggar undang-undang. Beliau menyatakan pentadbiran kerajaan yang diselubungi dengan rasuah hanya menyebabkan perkhidmatan kepada rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan efisien, meningkatkan kos operasi dan matlamat untuk menjadi negara maju tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, pegawai kerajaan perlu menangani dan memerangi rasuah kerana kegagalan berbuat demikian akan menghancur dan memusnahkan kedaulatan negara. YAB Perdana Menteri Beliau turut menyatakan kehairanan walaupun pegangan agama pegawai masa kini lebih kukuh berbanding dahulu, namun amalan rasuah masih berleluasa. Pegawai terutamanya yang beragama Islam perlu menolak rasuah sebagaimana mereka menolak arak, kerana kedua-duanya adalah haram di sisi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy