Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

8 Kesetiaan Kepada Kerajaan YAB Perdana Menteri mengingatkan pada 10 Mei 2018, Kerajaan BN berjaya ditumbangkan dan tampuk pemerintahan bertukar tangan kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Ini disebabkan banyak kesalahan dilakukan oleh Kerajaan terdahulu. Peristiwa ini memberi kejutan kepada semua pihak. Pegawai-pegawai Kerajaan berada dalam keadaan serba salah kerana mereka perlu menukar kesetiaan dan perlu bekerjasama pula dengan parti pembangkang yang sebelum ini dianggap sebagai musuh. Keadaan ini menyebabkan kesetiaan mereka berbelah bahagi malah ada yang beranggapan kerajaan baharu hanya mampu bertahan selama satu penggal sahaja sebelum diambil alih semula oleh Kerajaan BN pada masa hadapan. YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa senario ini tidak baik kepada negara kerana hanya menyebabkan urusan pentadbiran negara terganggu dan tidak dapat berjalan dengan lancar. Beliau memaklumkan walaupun negara pada hari ini telah diperintah oleh sebuah kerajaan baharu, namun masih dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang sama. Beliau jugalah yang suatu ketika dahulu memimpin untuk bersama-sama membangunkan negara sehingga Malaysia dikenali sebagai ‘Harimau Asia’. Di samping itu, beliau berpandangan urusan pentadbiran negara pada hari ini tidak jauh berbeza ketika era pentadbiran beliau semasa menjadi Perdana Menteri Keempat. YAB Perdana Menteri juga mengakui bukan mudah untuk mengalih kesetiaan pegawai awam daripada Parti BN yang telah memerintah negara selama 61 tahun. Namun, beliau percaya ia masih boleh dilakukan jika negara dapat ditadbir dengan baik. Oleh itu, pegawai kerajaan perlu bersikap neutral dan memberikan perkhidmatan berlandaskan kepada konsep memberi kesetiaan kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat bagi memastikan pentadbiran kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik demi kesejahteraan negara. Hubungan yang baik di antara para pentadbir

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy