Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama YAB Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019

6 Sejarah Pentadbiran Negara YAB Perdana Menteri memulakan ucapan dengan mengimbau kembali sistem pentadbiran negara sejak zaman pemerintahan British. Sistem pentadbiran kerajaan di Tanah Melayu pada ketika itu telah ditubuhkan dan ditadbir secara tersusun. Ketua-ketua pentadbiran pada masa tersebut hanya terdiri daripada kalangan orang British sahaja. Oleh itu, pada ketika itu warga tempatan mempunyai tanggapan bahawa hanya orang-orang British sahaja yang layak mentadbir negara ini dengan sebaiknya. Mereka turut mempunyai persepsi bahawa warga tempatan tidak berkemampuan untuk mentadbir Tanah Melayu dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian, semua urusan hal ehwal pentadbiran negara kekal ditadbir dan ditentukan oleh pegawai British. Beliau mengimbas kembali gerakan tuntutan kemerdekaan berlaku, dimana warga tempatan masih mempunyai persepsi yang sama iaitu warga tempatan tidak mampu untuk mengurus negara dengan baik. Namun, apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dan setelah British meninggalkan negara, tanggungjawab mengurus dan mentadbir negara mula diletakkan di bawah pegawai- pegawai tempatan yang ketika zaman penjajahan dahulu mereka hanya menjadi pegawai kelas kedua ( second rank officers ). Namun, mereka berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk mentadbir negara dengan cekap dan berjaya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy